Monday, July 28, 2008

Jom Berbasikal

Salam...

Lama dah aku tak menulis, banyak kerja dan takde idea nak tulis apa. Lagipun laptop aku tak berapa ok haritu, lepas format ni baru la ok balik.

Ni nak share sikit dengan korang aku ada aktiviti baru sejak dua menjak ni. Dua minggu lepas aku baru dapat basikal yang aku tempah. Apa lagi, merempit la aku dengan basikal aku tu. Mula-mula macam seronok, tapi bila dah naik, kejang-kejang aku dibuatnya. Mana tak kejang, first time dah pegi batu 8 gombak sana tu. Jalan dah la mendaki, dapat la 15 km agaknya mengayuh, lepas tu pancit. Pegi dengan orang yang dah biasa, tak terkejar la aku. Sorang-sorang je aku kena tinggal kat dalam hutan dara tu. Jalan tu aku jadikan sebagai trek training aku. Petang-petang kalau tak de kelas aku pegi la mengayuh ke sana.

Kenapa basikal? Jogging pun boleh keluar peluh jugak. Sebenarnya, setelah berat badan aku meningkat, aku dah start sikit-sikit bersukan. Mula-mula jogging, pastu swimming, tapi semua macam tak serasi dengan aku. Kalau jogging kat tasik metropolitan tu, dapat la setengah tasik je, lebihnya berjalan. Ada gak beberapa kali pegi swimming, ok jugak, tapi tak pandai-pandai berenang, aku pun jadi malas. Tambahan pulak kereta aku kena tarik masa aku gi swimming la huk huk.

Ok, berbasikal ni bagus untuk fitness dan cardiovascular kita. Bila kita berbasikal, tenaga akan berpusat di bahagian kaki. Kalau kita jogging, untuk tempoh jangka masa panjang dia akan bagi impak pada lutut kita. Makin lama kita berbasikal, berat di bahagian atas pinggang akan ditarik ke bahagian kaki. Kalau kita tengok pulak masyarakat kita banyak yang berpenyakit disebabkan makanan. Bila kita bersukan, kalori akan terbakar dan akan seimbangkan balik badan kita.

Ada tips sikit yang aku belajar sebelum berbasikal. Untuk ekspidisi ataupun berbasikal jarak jauh, kita perlu makan 2 jam sebelum mengayuh. Makanan yang kita makan tu akan hanya memberi tenaga selepas 2 jam kita makan. Kalau makan terus kayuh, boleh muntah dibuatnya. Untuk mengelakkan kaki daripada cramp, makan telur masin sekurang-kurangnya sebiji. Kalau nak elok 2 biji. Tapi aku dah try, nak makan habis sebiji pun siksa. Sebiji kira ok la, boleh tahan untuk 50 km. Kemudian, setiap 50 km, kita perlu minum air at least 1.5 liter. Ini penting sebab bila kita mengayuh, peluh keluar dan badan kita jadi kering, so kena minum air untuk neutralkan semula. Sebab tu kena ada beg air, bila penat je sedut air.

Sabtu lepas aku berjaya buat try out pertama aku ke Genting Sempah ikut jalan lama. Total perjalanan 56km. Masa pegi memang siksa, jalan mendaki, memakan masa 2 jam lebih. Tapi balik macam naik motor, tak payah mengayuh sebab turun bukit, memakan masa 1 jam 15 minit je. Guna basikal mountain bike, tak sama macam basikal racing. Mountain bike ni berat, so tak berapa laju, tenaga pun lebih. Mostly yang main jalan ke Genting Sempah ni basikal racing. Diorang dengan selamba je potong aku kat jalan berbukit tu.

Ok la, aku dah mengantuk, gambar nanti la aku letak, setakat ni belum ada yang menarik. Jumpa lagi di lain waktu, bye.

Wassalam...

Wednesday, July 9, 2008

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Salam...

Semalam kelas aku dah start untuk semester 1 sesi 08/09. Ni semester ketiga aku belajar, sepatutnya aku boleh habiskan semester ni, tapi CGPA aku berada dalam keadaan bahaya, so aku rasa kena slow down sikit, aku ambik dua subjek je semester ni. Ini bermakna aku akan habis dalam semester 2 nanti, expected bulan April 2009.

Bila aku lambat habis belajar, maknanya aku terpaksa hdup PJJ lagi dengan isteriku yang tercinta huk huk. Sampai hari ni, dah setahun, enam bulan dan enam belas hari aku tinggal berjauhan dengan bini aku. Aku rasa macam lama tapi ada lagi orang lain yang lagi lama tinggal berjauhan. Aku pun tak mengeluh sangat, dan sepatutnya bersyukur sebab aku bukan duduk kat Sabah or Sarawak dan bini aku kat semenanjung. KL dengan Johor taklah jauh sangat. 3 jam perjalanan dengan kelajuan 120 km/h.

Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah setiap diri seseorang tu ada cabarannya yang tersendiri. Ada yang susah, ada yang mudah. Mungkin sekarang ni susah sikit, sebab you know, kalau suami isteri duduk jauh ni, kos pun meningkat sikit. Dulu aku rajin balik naik kereta, tapi sekarang kena naik bas. Kalau duduk sekali, kita boleh share apa yang kita ada, especially yang berkait dengan kewangan. Duduk sekali, satu sewa rumah, jimat bil telefon dan macam-macam lagi. Ada masalah, boleh luahkan perasaan. Tapi sekarang mungkin hari susah aku, masa depan siapa yang tahu. Allah pun ada bagi tau dalam Quran yang dia tak akan menguji melainkan dengan kemampuan. Jadi, sabar je la.

Pelajarannya banyak sekali yang aku dapat sepanjang PJJ ni. Apapun yang aku buat, aku akan fikirkan bini aku jugak. Tak de la aku pentingkan diri sangat. Bagi member-member yang bakal berkahwin dan ada kebarangkalian untuk PJJ jugak, siapkan diri untuk ke arah itu. Bagi rakan-rakan yang memang dah PJJ sekarang ni, tabahkan hati dan kuatkan iman, hari bersama pasti akan datang. Ingat, tiada masa depan untuk orang-orang yang lemah dan mudah kecewa.

For my wife, i love u so much... mmuahh... :-)

Sekian, wassalam...