Sunday, October 4, 2009

Jelajah UiTM, Kayuhan Sedekad Pentadbiran Naib Canselor

Salam....

Dah lama sungguh aku tak mengupdate blog ni. Sibuk dengan raya, exam student dan lain-lain. Tapi di tengah-tengah kesibukan itu, berjaya jugak aku mengikuti jelajah berbasikal UiTM yang dianjurkan oleh UiTM Johor. Program bermula pada 2 Oktober 2009 di UiTM Segamat yang indah dan permai. Berikut adalah tentatif program yang telah berjaya setakat ini:

2/10 - bergerak dari Segamat ke Jengka. Selesai majlis di Jengka terus gerak ke UiTM Dungun

3/10 - beronggeng di Terengganu, gi shopping kat Pasar Payang. Pastu makan kopok lekor kat kedai 008. Sedap gila kopok dia.

4/10 - berkayuh dari UiTM Dungun ke UiTM Machang. Sampai kat Machang kul 4.30 petang. Student dan staf sambut dengan tepukan gemuruh. Rasa macam star je hehe... Abis program terus gerak ke UiTM Arau, Perlis.

5/10 (hari ini) - Jam 4 pagi, kami tiba di UiTM Perlis. Penat gila. Dekat 8 jam perjalanan. Dengan sesat lagi. Sampai2 terus tidur. Tadi tengah hari gerak jalan2 ke Padang Besar. Pastu pegi Alor Star rumah Hamzah. Mak dia masakkan. Sekarang aku tengah mengupdate blog kat rumah tamu, UiTM Perlis. Esok nak berkayuh ke UiTM Kedah di Merbok. Jarak 106km. Doakan aku berjaya.

Jumaat tu, aku tak dapat kayuh dari awal sebab dalam masa yang sama, aku kena menghadiri temuduga sebagai memenuhi prosedur biasa kenaikan tangga gaji dari 41 ke 45. Selesai temuduga, aku terus berangkat menuju ke UiTM Jengka jam 10 pagi naik Hilux. Malas nak cerita, aku letak gambar je la ye.



Masa nak gerak di UiTM Segamat

Pelepasan oleh Pengarah UiTM Johor
Dalam perjalanan ke UiTM Jengka

Sambutan di UiTM Jengka

Bergambar bersama pentadbiran tertinggi UiTM Jengka

Ucapan Pengarah UiTM Pahang
Bergambar lagi lepas makan

Majlis di UiTM Terengganu

Makan bersama Pengarah UiTM terengganu sebelum berlepas

Bergambar sebelum berlepas

Pelepasan oleh Pengarah UiTM Terengganu