Aku menulis lagi. Kali ni memang aku tak sabar2 nak tulis blog ni. Walaupun keje banyak yang tak siap lagi, tapi aku curi gak sedikit masa untuk update blog ni. Ni la antara pengalaman yang paling best untuk tahun ni.
Di pendekkan cerita, pada 12-14 Mac yang lepas, aku dan student2 taekwondo UiTM Johor membuat program perkhemahan di Taman Negara Selai. Aku sebagai penasihat Kelab Taekwondo memang mengalu2kan program kecergasan macam ni. Ye la, nama pun taekwondo, so mestila cergas kot.
Bertolak jam 315 petang dari UiTM, kami terus ke pejabat taman negara di pekan bekok. Dalam jam 430 kami tiba di sana. Proses pendaftaran dan sebagainya dilakukan di pejabat tu, then jam 530 petang macam tu kitorang pun bergerak masuk ke taman negara menaiki pacuan 4 roda sebanyak 6 buah. Perjalanan memakan masa dalam sejam untuk sampai ke sana. Tengok view kat dalam tu memang best, cuma yang tak bestnya tengok ade pokok2 yang ditebang untuk dibuat benda lain. Sampai ke camp site jam 630 petang, kami terus mendirikan khemah. Camp site tu namanya Merekek.
Khemah yang telah siap di pasang
Pemandangan di tepi khemah
Selesai pasang khemah, kami pun bersiap untuk solat dan selepas itu kerja masak-memasak pun dimulakan. Macam2 la masak, nasi, maggi dan lain-lain. Tengok je la gambar kat bawah ni.
Sorang buat sandwich. Yang lain beri sokongan hehe
Masak maggi pun bleh posing lagi.
Keesokan harinya, kami mengikuti aktiviti jungle tracking. Tempat nak dituju namanya Takah Tinggi. Takah adalah bahasa orang asli yang bermaksud air terjun. So maksudnya nak pegi air terjun tinggi la. Tinggi mana air terjun tu? Tengok la jap lagi ek.
Selepas 500 meter berjalan, kami pun tiba di Lubuk Tapah. Lubuk Tapah ni is another camp site yang ade kat Taman Negara Selai ni. Kat situ boleh sewa pondok, tapi x tau brapa harganya.
Ni diorang bergambar kat Lubuk Tapah. Start dari sini dah mula jalan hutan. Tengok tu, 2 jam perjalanan menggunakan kaki.
Lalu kat jambatan gantung lagi. Takutnye....
Setelah sejam perjalanan naik turun bukit, tour guide kami (namanya Ah Hong) pun suh berenti jap rehat. Ni baru separuh perjalanan, tapi dah penat dah. peluh pun dah berjujuran ni. Ah Hong kata trek lepas ni lagi banyak naik bukit. Aku buat muka control macam tak kisah, padahal dah nak pancit hehehe.
Muka steady hehe...
Menikmati keindahan alam
Selepas berehat 10 minit, perjalanan diteruskan.tak sabar nak sampai ni. Bukit, curam, batu-batuan semua kami redah.
Dalam perjalanan
Setelah penat berjalan, akhirnya sampailah kami ke destinasi. Peluh ni kalau dikumpul boleh dapat sebotol agaknya. Memang penat tak ingat. Kaki pun lengoh2. Tapi bila tengok air terjun tu, penat pun hilang. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah...
Muka letih baru sampai Takah Tinggi. Kat belakang tu air terjunnya. Tu baru sipi je tu. Jap lagi tengok view yang lebih luas.
Ape lagi, mandila. Tapi tak boleh mandi kat tengah. Aku pun taknak mandi kat tengah tu. Dalamnya 30 meter.
Ni la Takah Tinggi. Sampai sekarang ni aku masih teringat2 bunyi air tu jatuh.
Dah habis mandi dalam sejam, kami pun balik semula ke Merekek. Memang penat tapi berbaloi. Sampai Merekek, makan dan lepak2. Petang ni ade training taekwondo. Aku tengokkan dan tolong masak sikit2 sementara diorang training.
Ni tendangan ape ntah namanya, tendangan lompat kot...
Esok paginya pun training lagi. Semangat betul diorang ni.
Ahad selepas zuhur, kami pun balik meninggalkan Merekek yang penuh dengan kenangan manis. First time aku camping kat hutan pure macam ni. Memang rasa nak pegi lagi. Thanks to AJK yang bekerja keras, Haizun, Mimi, Fid, Kamarina, Fahmi dan lain2. Next time kita ke tempat lain plak. Terima kasih jugak kepada jurulatih Taekwondo UiTM Johor, Sir Azli. Tak lupa jugak kepada Ah Hong, banyak ilmu yang dia share kat dalam hutan tu. Semoga berjumpa lagi.
Bergambar dengan Ah Hong
Kepada kawan2, kalau ade masa mungkin kita boleh berkhemah kat sini. Memang sesuai untuk menenangkan fikiran. Ok, jumpa lagi, Babai....
Muka2 student aku kat dalam bas. Memang kecoh hehe...
Pegawai2 pengiring di Pantai Batu Burok. Berdiri: En Razak dan aku. Duduk dari Kiri: Fariza, Ira dan Tan. Tq korang semua sbb bagi full support. Suka dapat berjalan2 ek...
Mesin buat songket kat Kraftangan Malaysia
Pusat Konvensyen kat sebelah Masjid Kristal
Student aku huha huha kat Pantai Batu Burok
Kat Masjid Terapung
Kat SME Bank
Makan kek kat kilang kek. Kilang ni kilang di bawah SME Bank.
Salam...
Dah lama dah tak tulis blog... malas... sibuk dan sebagainya. Ni pun masih malas lagi, so aku copy paste je report lawatan tu kat sini. Thanks to miss secretary lawatan cik zurina.
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU
KURSUS KEUSAHAWANAN (ENT)
HARI PERTAMA (26 FEBRUARI 2010)
Pada 26 Februari 2010, Seramai 74 orang pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Bank dalam Kursus Keusahawanan (ENT300) dan 5 orang pegawai pengiring yang merupakan pensyarah keusahawanan yang terdiri daripadaEncik Mohd Azim Bin Sardan (Penasihat Lawatan), Encik Abdul Razak Jambari, Cik Nor Azira Ismail, Cik Tan Yan Ling dan Cik Norfariza Ali telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Terengganu Darul Iman. Para pelajar diminta berkumpul di Dataran Sri Bendahara pada pukul 2.30 petang. Sebanyak 3 buah bas di sediakan untuk lawatan ini. Tepat pukul 3.00 petang kami bertolak ke destinasi yang mengambil masa 7 ke 8 jam. Kami berhenti di Cendung untuk Solat Asar dan makan malam pada pukul 5.30 petang dan meneruskan perjalanan pada 6.30 petang. Dalam Sekitar 11 malam, kami tiba di Yassin Home Stay. Pelajar dan pegawai pengiring ditempatkan ke bilik masing-masing. Pada waktu malam tiada aktiviti.
HARI KEDUA (27 FEBRUARI 2010)
Pada hari sabtu 27 februari 2010, para pelajar dan pegawai pengiring di minta bersiap sedia dan bersarapan di gerai berdekatan pada pukul 8.30 pagi. Setelah semua berkumpul, tepat pukul 9 pagi kami bertolak menuju ke SME bank, Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai di sana.
Setiba di SME Bank, kami di sambut oleh Pegawai bertugas iaitu Encik Mohammad Razali Bin Taip. Beliau membawa kami ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat dan penerangan mengenai sejarah SME Bank, Tujuan penubuhan, dan membawa kami melawat ke kilang-kilang di bawah seliaan SME Bank.
SME Bank:
SME Bank ditubuhkan pada 16 Sept 1996 oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk memberi pinjaman bagi pengusaha atau peniaga kecil dan sederhana sebanyak keseluruhannya 5 juta. SME Bank juga merupakan di bawah Kementerian Pembagunan Luar Bandar. SME Bank mempunyai 13 cawangan. Di antaranya Johor Baharu dan Muar.
Tujuan penubuhan:
1.Memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
2.Menaik taraf bumiputera.
3.Memudahkan peniaga-peniaga kecil mendapatkan lesen.
4.Dengan adanya kilang- kilang dapat membantu bagi mengembangkan perniagaan mereka.
5.Menjamin kebersihan dan kelengkapan lain.
6.Kemajuan kepada peniaga-peniaga tempatan untuk masuk ke pasaran luar (eksport ke luar negara)
Dari taklimat yang diberi, SME Bank telah menyediakan Tabung TUSyang merupakan modal untuk siswazah/ diploma yang ingin memulakan perniagaan. Dengan ada tabung ini, Ia boleh menggalakkan siswazah menjadi usahawan.
Kilang-kilang terdapat di SME Bank:
·Besta Manif : Sos and kicap
·MSA: Dadih
·Zaman Ais: Ais
·Wayar Hynes: Wayar untuk kereta Proton
·Aramic: Sabun
·Tinta Dynamic: pencetakan
·Zaidah Songket: Songket
·PH Hiteck: Sabun
·Kilang kek
·Yayasan Nur Zahirah: Kraf dan Batik
·Solartif Sdn Bhd: Solar
Selesai melawat dari kilang ke kilang, kami berhenti makan tengah hari di pantai Batu Buruk. Para pelajar diberi rehat dan solat zuhur serta asar di Masjid Terapung,Terengganu. Sambil beribadah, kami dapat menghayati keindahan dan kecantikan di persekitaran masjid. Dalam pukul 2 petang kami bertolak ke Pusat Perniagaan Pasar Payang dan Kompleks Kraf.
Pasar Payang ialah tempat membeli-belah yang merupakan tarikan pelancong bagi Kuala Terengganu. Ia terletak di sungai Terengganu danmenjadi kewajipan kepada pelancong untuk datang ke sana. Terdapat pelbagai barang yang di jual, misalnya sayur-sayuran, makanan, cenderahati, kain danpakaian. Dengan menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan yang juga boleh di tawar sehingga ke harga yang sangat murah dapat menarik minat orang untuk membeli belah di sana.
Dari lawatan Pasar Payang, kami dapat melihat dari sudut yang berbeza bagaimana peniaga-peniaga kecil bersaing dan lokasi perniagaan yang strategik dapat menarik ramai pelanggan sehingga menjadi tumpuan kepada pelancong dari luar negeri mahu pun dalam negeri.
Pada pukul 5 petang kami di minta berkumpul untuk makan malam dan pulang ke tempat penginapan. Tiada aktiviti pada waktu malam.
HARI KETIGA(28 FEBRUARI 2010)
Pukul 8.30 pagi 28 februari 2010, para pelajar dan pengiring bersarapan dan bertolak ke Malaysian Handycraft, Chendering pada pukul 9 pagi. Setiba di situ Pn. Zai Rahimi merupakan pegawai di Malaysian Handycraft telah menyambut ketibaan kami. Kami di iringi sehingga ke tempat pameran kraft, batik dan songket. Pelbagai perhiasan yang unik menarik perhatian semua orang. Di situ juga kami mempelajari bagaimana process membuat songket dan batik serta kraf tangan yang lain.
Para pelajar dan pegawai pengiring juga dapat membeli hasil kraft tangan di sana dan mendapat pengetahuan dari lawatan tersebut.
Pada pukul 2.30 petang, kami bertolak dari Malaysian Handycraft, Chendering untuk makan tengahari dan bertolak pulang ke Segamat. Sampai di Cendung pada pukul 5.30 petang untuk solat asar dan zuhur. Meneruskan perjalanan dan berhenti di Bandar Muazam untuk solat maghrib,isyak dan makan malam pada pukul 7.30 malam. Tiba di UiTM JOHOR, Segamat pada pukul 10.30. Pelajar memastikan tiada barang yang tertinggal dan bersurai.
KEBAIKAN / KEKUATAN LAWATAN
Kebaikan / kekuatan dan kelemahan lawatan adalah bergantung kepada persiapan pelajar, dan apakah input-input baru yang telah diperolehi di sepanjang lawatan.
Kebaikan/Kekuatan
Lawatan ini dianjurkan oleh Encik Azim Bin Sardan, Pensyarah Keusahawanan (ENT 300) yang telah berusaha keras menjayakan lawatan ini dari segi pengurusan, jadual lawatan, menyediakan pegawai pengiring dan memastikan segalanya berjalan dengan lancar di sepanjang lawatan ini.
Beliau amat mengharapkan agar pelajar- pelajar dapat mengumpulsebanyak mungkin pengetahuan sepanjang lawatan ini di jalankan. Dengan pengetahuan yang kami dapat dari lawatan ini, kami boleh mengimplikasikan dalam kursus keusahawanan terutamanya yang berkaitan dengan pinjaman, lokasi dan idea- idea baru yang di perolehi. Selain itu, semangat kearah menjadi pengusaha atau usahawan di terapkan kepada pelaja-pelajar. Oleh yang demikian, di harapkan masa akan datang lebih banyak usahawan di kalangan golongan muda.
Perkara baru yang dapat dipelajari ialah pengurusan yang baik mendatangkan hasil yang baik. Dari penerangan oleh Hj. Kamaruddin Mohammad iaitu pemilik PH Hiteck pengusaha sabun, beliau menerangkan bahawa pengeluaran bergantung kepada pemintaan dan kemampuan. Perubahan dari segi pengurusan hendak di rancang.Ia perlu sedikit demi sedikit dan tidak boleh secara mendadak.Proses perlu dijalankan secara telus, profesional dan mempunyai pengetahuan yang meluas.
Selain itu, kami dapat melihat kemajuan dari segi teknologi, pengurusan dan pasaran telah meningkat dalam industri di Negara ini. Kebanyakkan kilang-kilang yang kami lawati menggunakan mesin yang di import dari Negara lain dan canggih. Dengan itu dapat mengeluarkan lebih banyak hasil atau output dan boleh memenuhi pasaran luar dan dalam Negara.
Di samping menambahkan ilmu pengetahuan, para pelajar dan pegawai pengiring dapat merehat minda dan meluaskan pemandangan dengan menghanyati pemandangan di Kuala Terengganu. Lawatan ini dapat juga menjayakan kempen melancong dalam Negara.
Lawatan ini telah dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar dan juga pegawai pengiring. Semua pelajar amat berpuas hati dengan lawatan ini. Kami berterima kasih kepada Encik Mohd Azim Bin Sardan, pegawai pengiring, AJK yang terlibat bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah.
Sekian, terima kasih.
Nak bertolak gi jalan2. Muka ceria.
Kat kilang ais. Kilang ni pun kat dalam SME Bank. Senang je buat air batu, beli je la mesin tu. RM 850, 000 je harganya...
First time aku buat lawatan akademik dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Next semester bleh buat lagi. Pegi tempat lain la pulak. Tapi Terengganu memang best. Terima kasih kepada semua yang terlibat, dari AJK, pegawai pengiring dan semua pelajar yang sporting dan mendengar kata. Segala kekurangan harap dimaafkan.