Salam...
Akhir-akhir ni agak malas sikit aku nak menulis. Buat keje lain pun tidak, banyak menghabiskan masa mengelamun, ingat kat bini la tu huk huk... Kalau ada aktiviti kan bagus...
Sebelum ni macam dah ada aktiviti, menanam cili kat sebelah rumah Kepel dan membesarkannya. Alhamdulillah, cili membesar bagai johan, hasilnya pun dah nampak. Masalahnya cuma jarak rumah aku agak jauh dengan kebun tu. Lebih parah lagi bila harga minyak dah naik ni, lagi la berkira-kira aku nak ke sana. Lebih parah lagi kereta aku kena tarik pulak, nak dapatkan kereta kena berhutang lagi... bla bla bla.... Masalah kalau nak dicerita memang takkan habis... Tapi cili kena diurus jugak, sesekali aku kena jugak pergi tengok dia. Sekarang pokok-pokok tu macam dah sakit, daunnya keriting, buahnya pun tak berapa elok dah. Nak kena rawat selalu tu, kalau tak habisla... Kesian kat Kepel kena attend sorang. Sorry ye Kepel.
Dalam masa mengusahakan cili, ada la jugak business lain yang aku buat. Sekarang ni aku ada jual Apple iPhone 3G baru dan Mac Book Air 1.6GHz. iPhone tu harganya RM1600 je, yang Mac Book Air tu RM4800 je. Bolehla contact aku kalau ade yang berminat. Kalau nak tengok spec barang-barang ni bleh la layari www.apple.com. Aku dah cuba upload gambar iPhone ni tapi lambat banget, korang tengok la kat website tu ye. Harga yang aku bagi tu lebih kurang 25% kurang dari harga pasaran. Kalau kat market, iPhone tu dalam RM 2200, dan Mac Book Air tu RM6299. Mac Book Air ni laptop paling nipis yang pernah dicipta setakat ni. So, ape lagi, belilah...
Kalau ade yang malu nak contact, boleh la email kat hati_nyamuk@yahoo.com.my. OK semua, sekian, Wassalam....
Bye Bye...
Saturday, June 28, 2008
Tuesday, June 17, 2008
Sifat-Sifat Negatif
Salam
Hari ni aku nak sambung sikit pasal semalam. Dalam usaha kita nak dapatkan EQ dan SQ yang baik, ada halangan-halangan yang perlu kita tempuhi. Manusia, tak lari dari buat kesilapan, dan kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita buat silap. Kita tengok tujuh tabiat ni yang selalu menggagalkan kita.
Pertamanya bersangka negatif. Sifat ni macam common beb. Ada member aku tu tengok muka org je dia dah labelkan "anti" kat orang tu. Belum kenal lagi tu. Cuba la kita selalu bersangka baik, kan elok. Tak de la gaduh-gaduh. Mana tak gaduh, kalau si isteri asyik sangka negatif je kat laki dia, mesti la si laki hangin. Bukan isteri je, sama la si laki pun.
Keduanya, pengalaman. Selalu orang kata, "kau diam, aku lagi banyak makan garam dari kau". Ha, ni kes rasa ada banyak pengalaman la ni. Banyak pengalaman tak semestinya bagus. Contohnya pemain bola negara kita dah berumur 30 tahun tak semestinya lebih baik dari Theo Walcott yang masih muda tu (contoh je ye..). Sifat ni la yang menyebabkan kita tak berkembang sebab susah nak terima pandangan orang lain especially pandangan orang-orang muda macam aku ni hehe. Mudakah aku? :-).
Ketiganya, sudut pandangan yang salah. Benda ni selalu berlaku bila kita salah interpret ape yang yg orang cakap. Orang cakap A, kita faham B, kemudian kita war-warkan kat orang ape yang kita faham. Lama-lama jadi konflik la. Bila konflik mula la bertekak. Susah kan...
Keempatnya, prinsip hidup. Yang ni ade kaitan dengan ego. Kalau kita terlalu sangat ikutkan prinsip hidup ni, kita pun bakal susah nak terima pendapat orang lain. Kalau orang cakap sesuatu yang bertentangan dengan prinsip kita, mula la nak membangkang. Fleksibel la sikit, bukan kita je nak menang, orang lain pun nak menang jugak...
Kelimanya suka membandingkan. Bukan tak boleh tapi jangan terlalu sangat sampai buat orang menyampah. Contohnya kita kata bapak kita lebih bagus dari bapak orang lain sebab kita tengok dari sudut materialistik. Tapi kalau orang yang tak de banyak harta, tak semestinya bapak dia tak bagus kan.... Ok ke contoh ni? Entah la, korang cari la contoh lain yang korang suka hehe. Aku macam dah mamai ni.
Keenamnya kepentingan. Kita selalu buat sesuatu yg mana ade kepentingan bagi diri kita. Ni kena ubah sikit la. Kita buat je kebaikan tanpa memikirkan kepentingan diri. Mungkin kebaikan tu tak menguntungkan kita tapi menguntungkan orang lain. Tak pe la kan. Kalau kita buat baik kat orang, nanti orang pun buat baik kat kita juga kan.... Kalau tak pun pasti Allah akan balas kebaikan tu.
Akhir sekali sikap fanatik. Ni pun satu, kat Malaysia ni ada la golongan-golongan fanatik. Macam-macam la. Ada yang fanatik parti, ada yang fanatik pemimpin, dan lain-lain. Pantang orang kutuk idola kita, nak melenting saje. Susah la macam ni, nanti tak de sikap terbuka. Dengar dulu ape orang kata, kalau memang betul, setuju je la, kalau salah tegurlah dengan cara yang baik.
Jadi, aku dah kasi tau sama korang sifat-sifat ni, sesamalah kita ubah attitude kita. Bukan korang je tau, aku pun sama. Ok, renung-renungkan, dan selamat beramal... (tiru Prof Izzi).
Wassalam...

Monday, June 16, 2008
Pernahkah anda fikir?
Salam, aku menulis lagi hari ini, sementara nak tunggu jam 2.45 pagi untuk tengok bola, aku rasa macam nak menaip sekejap. Kalau tunggu macam tu je dan tak buat ape-ape, mau aku tido. Pagi ni match antara Austria vs Germany, 2 2 team ade peluang lagi nak qualify quarter final utk euro 2008 ni, so aku rasa game pagi ni agak best la kot. Tunggu la jap lagi.
Tapi sebelum tu, ni nak share sikit pasal satu benda ni. Biasanya kalau org nak jadi pemimpin, kita akan tengok dari segi intelektualnya dulu, most of the time. Orang selalu tengok IQ dia. IQ tu kata panjangnya "Intelectual Quotient". Biasa orang akan tengok taraf pendidikan, atau cara orang tu selesaikan masalah, macam tu lah. Tapi sebenarnya, IQ ni hanya membantu dalam menentukan kejayaan seseorang sebanyak 20% je lebih kurang. Maksudnya, punyai IQ yang baik tak semestinya dapat menjadikan seseorang tu seorang pemimpin yang baik. Tapi aku tak kata yang intelek atau ilmu tu tak penting ye. Ilmu tu penting tapi kena parallel dengan 80% lagi. Ape lagi yang 80% tu?
OK, 80% lagi tu datang dari EQ & SQ. EQ tu "Emotional Quotient" dan SQ tu "Spiritual Quotient". K, kita tengok real life ye. Kat Malaysia ni, rata-rata pemimpinnya punyai IQ yang baik, tu tak bleh dinafikan. Hampir semua ada degree dan sebagainya. So, kalau dalam 20% tu, rata-rata semua OK. Tapi markah lulus bukan 20% ye. At least kena dapat 50%, tu pun cukup2 makan. Lepas dah ada IQ yang baik, kita cek EQ pulak. Emosi bagi sesetengah orang memang susah nak dikawal. Walau IQ tinggi, tapi kalau kena kutuk teruk, kadang-kadang tak dapat kawal emosi jugak. Cepat marah dan melenting. Ingat, kalau kita marah, kita akan hilang kawalan terhadap diri kita sendiri. Contoh manusia yg ade EQ terbaik Nabi kita sendiri la. Dari sejarah kita tahu Nabi kena baling najis, kena baling batu dalam rangka da'wahnya. Tapi baginda tetap mantain menjaga emosinya, sehingga ada di antara yang membaling tu masuk Islam kerana attitude ini. Korang macam mana? Agak-agak EQ korang berapa percent ek? Biar aku cek diri aku dulu, korang punya korang pikir la sendiri. Kalau EQ dah kantoi, susahla....
Sekarang kita tengok SQ. Yang ni lagi penting. Kadang-kadang dah pass kat IQ dan EQ, tapi spiritual sangkut. Ilmu dah banyak dah, orang kutuk boleh control dah, tapi pantang tengok perempuan dahi licin, mesti nak ngorat atau benda-benda lain yang tak patut. Bayangkan kalau pemimpin macam ni, tak manis kan. So spirit kita mesti la based on Islamic teaching, baru la orang respect. Nampak tak, kepentingan EQ dan SQ. IQ tinggi tapi kalau EQ dan SQ rendah, maka hampeh jugaklah seseorang tu. Sentiasa la muhasabah diri, mana yang pemarah tu cuba-cubalah kawal amarah, seperti yang Islam ajarkan. Yang mana suka skodeng tu hentikanlah hehe. OK, sama-samalah kita fikirkan ye.
Sekian, wassalam...
*Akan bersambung dalam episod akan datang.

Thursday, June 12, 2008
Al-Fatihah (Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari pertama aku start tulis blog. Senang je nak create blog ni rupanya. Belajar dari ciki kat YM je dah bleh buat dah. First day ni aku pun tak tau nak tulis ape. Tengoklah esok-esok maybe ada idea menarik. Tengah jadi student ni banyak masa terluang, mengarut pun best jugak, sambil-sambil cari idea untuk buat keje sekolah. Anyway, thanks Ciki ajar cara nak buat blog, semoga cepat sembuh.

Subscribe to:
Posts (Atom)