Salam
Tu la kalau dah namanya student mmg tak bleh lari dari exam. Penat kepala otak aku nak sumbat isi2 pelajaran dalam masa yang singkat. Tapi tu la, exam 10 hb ni, tapi hari ni pun tak start study lagi. Hehe, biasala, aku mmg suka study last minit. Bini aku selalu sound, tapi aku buat dek je... Exam yang lepas pun study last minit jugak, tapi nasib baik macam ok. Mungkin sebab semester ni aku ambik 2 subjek je. 10 hb ni subjek Economic Development, subjek membaca. Tu yang tak mula2 tu, sebab kena MEMBACA. Bila la nak berubah hehe. Ambik PHD nnt la kot baru ubah. Macam lambat sangat je nak berubah. Tukar la, semester depan akan berubah.
Semester depan, insyaallah tinggal 1 paper je lagi. Satu lagi research. So, kalau ikutkan tinggal 1 subjek je lagi yang ade exam. Research tu takde exam. Tak sabar rasanya nak abiskan study. Nak kerja la pulak. Cukupla 2 tahun ni honeymoon, lepas ni nak rasa dapat gaji pulak. Dah ada nuha ni kena la fikirkan pasal nuha. Mulai sekarang dah kena simpan duit untuk masa depan dia dan adik2 dia. Adik2 dia? hehe insyaallah kalau ada rezki. Kalau dah bekerja nnt upgrade la sikit hidup aku.
Sebut pasal exam, exam tu ape ek? Examination tu peperiksaan la. Dalam konteks student macam aku, exam tu untuk menilai berapa jauh kefahaman kita terhadap benda yang diajar. Ataupun macam mana kita nak discuss sesuatu perkara dalam masa yang singkat. Exam ni sebenarnya bukan untuk student je, tapi untuk semua orang. Cuma bezanya exam untuk semua orang tu, bukan lecturer yang menilai, tapi Allah yang menilai. Yang ni dipanggil ujian. Nampak macam kecik, tapi sebenarnya kita menghadapinya tiap2 hari. Ujiannya mudah bagi orang2 yang mengikut guideline-Nya, iaitu dalam Al-Quran. Susah bagi orang2 yang tak ikut guideline, maksudnya orang tu menjawab soalan yang keluar dari tajuk. Kalau student macam aku jawab soalan keluar dari tajuk, aku maybe dapat 0%, ataupun 1% markah kesian. Lebih mudah lagi bagi orang2 yang ikut guideline sebab dah ade contoh dari orang2 terdahulu, iaitu dari sunnah rasul-Nya. Kalau aku, lebih mudah untuk menjawab soalan exam kalau aku dapat rujuk soalan2 lepas, at least aku ade idea macam mana nak jawab soalan, atau maybe aku bleh spot soalan ape yang akan keluar.
So, dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan dapat lari daripada ujian. Persoalannya sama ada kita baca atau tidak ape yang Allah ajarkan dalam Quran. Baca tu satu bab, yang lebih penting kita faham atau tidak ape yang kita baca. Kalau aku baca soalan exam, then aku tak faham soalan, masalah beb. Nak jawab macam mana tu nanti. Kesimpulannya, untuk menghadapi ujian seharian, mari kita renungi antara kata2 terakhir Rasulullah dalam khutbahnya yang terakhir: "Kutinggalkan untuk kamu 2 perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya". Ingat beb, harta yang banyak belum tentu dapat memastikan yang kita bleh pass dalam exam seharian ni. Renung-renugkanlah....
Wassalam...
Wednesday, November 5, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Kembali Menulis
Dah lama dah aku tak menulis. Puncanya... malas, lazy dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Last time cerita pasal basikal, basikal aku pulak arwah. Terlibat dalam kemalangan. Baru dua bulan guna. Tu yang macam malas je nak tulis ape-ape.
Hari ni rasa macam nak start balik. Lagipun tadi aku dah abis exam satu subjek, tinggal satu subjek lagi, tu pun lagi 10 hari, so kira merdeka kejap la ni. Banyak jugak nak cerita ni. Pengalaman kat dewan bersalin, hari raya dan mcm2 lagi.
Sekarang aku dah bertiga. Alhamdulillah, pada 9 Ramadhan 1429 bersamaan 9 September 2008, aku dikurniakan baby girl. Kami namakan dia Ana Khaireen Nuha. Petang 8 Ramadhan tu wife aku call kata dah keluar tanda, so aku suruh dia balik dan pegi hospital. Masa tu aku kat KL. Tentatively 9 September tu aku ade midterm exam, so memang takde plan nak balik. Tapi, melihatkan gaya cakap wife aku yang macam nak bersalin, aku henjut juga atos aku balik BP lepas buka. Mak mertua aku bawa wife aku ke hospital lepas maghrib, cek dari kul 9 sampaila nak dekat 11.30 pm baru masuk wad. Aku sampai 11.30 tu tengok wife kesayangan aku dah start sakit2. Kesian jugak tapi aku bleh jumpa sekejap je, lepas tu kena lepak kat luar huk huk.
Dalam 11.45 pm aku lepak kat luar, ade la 2 3 orang bakal2 bapak tgh menunggu. Sorang brother yang aku jumpa ni dah 2 malam lepak kat situ. Wah, dalam hati aku doa cepatla bini aku bersalin. Tak larat nak tunggu. Pukul 12.30 am bini aku call, dia kata dah bleh masuk labor room. Aku tak tau la ejaan aku tu betul ke tak. Faham2 je la. Aku pun masuk wad, tolak bini aku ke labor room, ingatkan beh masuk terus tapi kena tunggu lagi kat luar. Tunggu punya tunggu, 3.15am aku dipanggil. Dah nak bersalin la tu. Sampai dalam aku tengok wife aku kesakitan. Nurse suruh aku bantu support badan dia supaya senang nak teran. Buatla ape yang disuruh. 3.25am, Ana Khaireen Nuha selamat dilahirkan. Beratnya 3.27kg. Aku azankan dan bacakan la ayat2 yg nurse tu suruh. Tamatlah segala debaran. Aku dah pun jadi bapa. Walaupun sekejap kat labor room, tapi cuak jugak beb. Kalau nak tengok muka takut aku, kat labor room tu la hehe. Ni aku bagi tunjuk sikit la muka anak aku. Muka sape aku pun tak tau. Dah habis campur muka mak dgn bapak dia kot.

Ha, dah penat dah. Nanti la bebila aku menulis lagi. Babai.
Wassalam....
Monday, July 28, 2008
Jom Berbasikal
Salam...
Lama dah aku tak menulis, banyak kerja dan takde idea nak tulis apa. Lagipun laptop aku tak berapa ok haritu, lepas format ni baru la ok balik.
Ni nak share sikit dengan korang aku ada aktiviti baru sejak dua menjak ni. Dua minggu lepas aku baru dapat basikal yang aku tempah. Apa lagi, merempit la aku dengan basikal aku tu. Mula-mula macam seronok, tapi bila dah naik, kejang-kejang aku dibuatnya. Mana tak kejang, first time dah pegi batu 8 gombak sana tu. Jalan dah la mendaki, dapat la 15 km agaknya mengayuh, lepas tu pancit. Pegi dengan orang yang dah biasa, tak terkejar la aku. Sorang-sorang je aku kena tinggal kat dalam hutan dara tu. Jalan tu aku jadikan sebagai trek training aku. Petang-petang kalau tak de kelas aku pegi la mengayuh ke sana.
Kenapa basikal? Jogging pun boleh keluar peluh jugak. Sebenarnya, setelah berat badan aku meningkat, aku dah start sikit-sikit bersukan. Mula-mula jogging, pastu swimming, tapi semua macam tak serasi dengan aku. Kalau jogging kat tasik metropolitan tu, dapat la setengah tasik je, lebihnya berjalan. Ada gak beberapa kali pegi swimming, ok jugak, tapi tak pandai-pandai berenang, aku pun jadi malas. Tambahan pulak kereta aku kena tarik masa aku gi swimming la huk huk.
Ok, berbasikal ni bagus untuk fitness dan cardiovascular kita. Bila kita berbasikal, tenaga akan berpusat di bahagian kaki. Kalau kita jogging, untuk tempoh jangka masa panjang dia akan bagi impak pada lutut kita. Makin lama kita berbasikal, berat di bahagian atas pinggang akan ditarik ke bahagian kaki. Kalau kita tengok pulak masyarakat kita banyak yang berpenyakit disebabkan makanan. Bila kita bersukan, kalori akan terbakar dan akan seimbangkan balik badan kita.
Ada tips sikit yang aku belajar sebelum berbasikal. Untuk ekspidisi ataupun berbasikal jarak jauh, kita perlu makan 2 jam sebelum mengayuh. Makanan yang kita makan tu akan hanya memberi tenaga selepas 2 jam kita makan. Kalau makan terus kayuh, boleh muntah dibuatnya. Untuk mengelakkan kaki daripada cramp, makan telur masin sekurang-kurangnya sebiji. Kalau nak elok 2 biji. Tapi aku dah try, nak makan habis sebiji pun siksa. Sebiji kira ok la, boleh tahan untuk 50 km. Kemudian, setiap 50 km, kita perlu minum air at least 1.5 liter. Ini penting sebab bila kita mengayuh, peluh keluar dan badan kita jadi kering, so kena minum air untuk neutralkan semula. Sebab tu kena ada beg air, bila penat je sedut air.
Sabtu lepas aku berjaya buat try out pertama aku ke Genting Sempah ikut jalan lama. Total perjalanan 56km. Masa pegi memang siksa, jalan mendaki, memakan masa 2 jam lebih. Tapi balik macam naik motor, tak payah mengayuh sebab turun bukit, memakan masa 1 jam 15 minit je. Guna basikal mountain bike, tak sama macam basikal racing. Mountain bike ni berat, so tak berapa laju, tenaga pun lebih. Mostly yang main jalan ke Genting Sempah ni basikal racing. Diorang dengan selamba je potong aku kat jalan berbukit tu.
Ok la, aku dah mengantuk, gambar nanti la aku letak, setakat ni belum ada yang menarik. Jumpa lagi di lain waktu, bye.

Wednesday, July 9, 2008
Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)
Salam...
Semalam kelas aku dah start untuk semester 1 sesi 08/09. Ni semester ketiga aku belajar, sepatutnya aku boleh habiskan semester ni, tapi CGPA aku berada dalam keadaan bahaya, so aku rasa kena slow down sikit, aku ambik dua subjek je semester ni. Ini bermakna aku akan habis dalam semester 2 nanti, expected bulan April 2009.
Bila aku lambat habis belajar, maknanya aku terpaksa hdup PJJ lagi dengan isteriku yang tercinta huk huk. Sampai hari ni, dah setahun, enam bulan dan enam belas hari aku tinggal berjauhan dengan bini aku. Aku rasa macam lama tapi ada lagi orang lain yang lagi lama tinggal berjauhan. Aku pun tak mengeluh sangat, dan sepatutnya bersyukur sebab aku bukan duduk kat Sabah or Sarawak dan bini aku kat semenanjung. KL dengan Johor taklah jauh sangat. 3 jam perjalanan dengan kelajuan 120 km/h.
Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah setiap diri seseorang tu ada cabarannya yang tersendiri. Ada yang susah, ada yang mudah. Mungkin sekarang ni susah sikit, sebab you know, kalau suami isteri duduk jauh ni, kos pun meningkat sikit. Dulu aku rajin balik naik kereta, tapi sekarang kena naik bas. Kalau duduk sekali, kita boleh share apa yang kita ada, especially yang berkait dengan kewangan. Duduk sekali, satu sewa rumah, jimat bil telefon dan macam-macam lagi. Ada masalah, boleh luahkan perasaan. Tapi sekarang mungkin hari susah aku, masa depan siapa yang tahu. Allah pun ada bagi tau dalam Quran yang dia tak akan menguji melainkan dengan kemampuan. Jadi, sabar je la.
Pelajarannya banyak sekali yang aku dapat sepanjang PJJ ni. Apapun yang aku buat, aku akan fikirkan bini aku jugak. Tak de la aku pentingkan diri sangat. Bagi member-member yang bakal berkahwin dan ada kebarangkalian untuk PJJ jugak, siapkan diri untuk ke arah itu. Bagi rakan-rakan yang memang dah PJJ sekarang ni, tabahkan hati dan kuatkan iman, hari bersama pasti akan datang. Ingat, tiada masa depan untuk orang-orang yang lemah dan mudah kecewa.
For my wife, i love u so much... mmuahh... :-)
Sekian, wassalam...

Saturday, June 28, 2008
Berniaga Kecil-kecilan
Salam...
Akhir-akhir ni agak malas sikit aku nak menulis. Buat keje lain pun tidak, banyak menghabiskan masa mengelamun, ingat kat bini la tu huk huk... Kalau ada aktiviti kan bagus...
Sebelum ni macam dah ada aktiviti, menanam cili kat sebelah rumah Kepel dan membesarkannya. Alhamdulillah, cili membesar bagai johan, hasilnya pun dah nampak. Masalahnya cuma jarak rumah aku agak jauh dengan kebun tu. Lebih parah lagi bila harga minyak dah naik ni, lagi la berkira-kira aku nak ke sana. Lebih parah lagi kereta aku kena tarik pulak, nak dapatkan kereta kena berhutang lagi... bla bla bla.... Masalah kalau nak dicerita memang takkan habis... Tapi cili kena diurus jugak, sesekali aku kena jugak pergi tengok dia. Sekarang pokok-pokok tu macam dah sakit, daunnya keriting, buahnya pun tak berapa elok dah. Nak kena rawat selalu tu, kalau tak habisla... Kesian kat Kepel kena attend sorang. Sorry ye Kepel.
Dalam masa mengusahakan cili, ada la jugak business lain yang aku buat. Sekarang ni aku ada jual Apple iPhone 3G baru dan Mac Book Air 1.6GHz. iPhone tu harganya RM1600 je, yang Mac Book Air tu RM4800 je. Bolehla contact aku kalau ade yang berminat. Kalau nak tengok spec barang-barang ni bleh la layari www.apple.com. Aku dah cuba upload gambar iPhone ni tapi lambat banget, korang tengok la kat website tu ye. Harga yang aku bagi tu lebih kurang 25% kurang dari harga pasaran. Kalau kat market, iPhone tu dalam RM 2200, dan Mac Book Air tu RM6299. Mac Book Air ni laptop paling nipis yang pernah dicipta setakat ni. So, ape lagi, belilah...
Kalau ade yang malu nak contact, boleh la email kat hati_nyamuk@yahoo.com.my. OK semua, sekian, Wassalam....
Bye Bye...

Tuesday, June 17, 2008
Sifat-Sifat Negatif
Salam
Hari ni aku nak sambung sikit pasal semalam. Dalam usaha kita nak dapatkan EQ dan SQ yang baik, ada halangan-halangan yang perlu kita tempuhi. Manusia, tak lari dari buat kesilapan, dan kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita buat silap. Kita tengok tujuh tabiat ni yang selalu menggagalkan kita.
Pertamanya bersangka negatif. Sifat ni macam common beb. Ada member aku tu tengok muka org je dia dah labelkan "anti" kat orang tu. Belum kenal lagi tu. Cuba la kita selalu bersangka baik, kan elok. Tak de la gaduh-gaduh. Mana tak gaduh, kalau si isteri asyik sangka negatif je kat laki dia, mesti la si laki hangin. Bukan isteri je, sama la si laki pun.
Keduanya, pengalaman. Selalu orang kata, "kau diam, aku lagi banyak makan garam dari kau". Ha, ni kes rasa ada banyak pengalaman la ni. Banyak pengalaman tak semestinya bagus. Contohnya pemain bola negara kita dah berumur 30 tahun tak semestinya lebih baik dari Theo Walcott yang masih muda tu (contoh je ye..). Sifat ni la yang menyebabkan kita tak berkembang sebab susah nak terima pandangan orang lain especially pandangan orang-orang muda macam aku ni hehe. Mudakah aku? :-).
Ketiganya, sudut pandangan yang salah. Benda ni selalu berlaku bila kita salah interpret ape yang yg orang cakap. Orang cakap A, kita faham B, kemudian kita war-warkan kat orang ape yang kita faham. Lama-lama jadi konflik la. Bila konflik mula la bertekak. Susah kan...
Keempatnya, prinsip hidup. Yang ni ade kaitan dengan ego. Kalau kita terlalu sangat ikutkan prinsip hidup ni, kita pun bakal susah nak terima pendapat orang lain. Kalau orang cakap sesuatu yang bertentangan dengan prinsip kita, mula la nak membangkang. Fleksibel la sikit, bukan kita je nak menang, orang lain pun nak menang jugak...
Kelimanya suka membandingkan. Bukan tak boleh tapi jangan terlalu sangat sampai buat orang menyampah. Contohnya kita kata bapak kita lebih bagus dari bapak orang lain sebab kita tengok dari sudut materialistik. Tapi kalau orang yang tak de banyak harta, tak semestinya bapak dia tak bagus kan.... Ok ke contoh ni? Entah la, korang cari la contoh lain yang korang suka hehe. Aku macam dah mamai ni.
Keenamnya kepentingan. Kita selalu buat sesuatu yg mana ade kepentingan bagi diri kita. Ni kena ubah sikit la. Kita buat je kebaikan tanpa memikirkan kepentingan diri. Mungkin kebaikan tu tak menguntungkan kita tapi menguntungkan orang lain. Tak pe la kan. Kalau kita buat baik kat orang, nanti orang pun buat baik kat kita juga kan.... Kalau tak pun pasti Allah akan balas kebaikan tu.
Akhir sekali sikap fanatik. Ni pun satu, kat Malaysia ni ada la golongan-golongan fanatik. Macam-macam la. Ada yang fanatik parti, ada yang fanatik pemimpin, dan lain-lain. Pantang orang kutuk idola kita, nak melenting saje. Susah la macam ni, nanti tak de sikap terbuka. Dengar dulu ape orang kata, kalau memang betul, setuju je la, kalau salah tegurlah dengan cara yang baik.
Jadi, aku dah kasi tau sama korang sifat-sifat ni, sesamalah kita ubah attitude kita. Bukan korang je tau, aku pun sama. Ok, renung-renungkan, dan selamat beramal... (tiru Prof Izzi).

Monday, June 16, 2008
Pernahkah anda fikir?
Salam, aku menulis lagi hari ini, sementara nak tunggu jam 2.45 pagi untuk tengok bola, aku rasa macam nak menaip sekejap. Kalau tunggu macam tu je dan tak buat ape-ape, mau aku tido. Pagi ni match antara Austria vs Germany, 2 2 team ade peluang lagi nak qualify quarter final utk euro 2008 ni, so aku rasa game pagi ni agak best la kot. Tunggu la jap lagi.
Tapi sebelum tu, ni nak share sikit pasal satu benda ni. Biasanya kalau org nak jadi pemimpin, kita akan tengok dari segi intelektualnya dulu, most of the time. Orang selalu tengok IQ dia. IQ tu kata panjangnya "Intelectual Quotient". Biasa orang akan tengok taraf pendidikan, atau cara orang tu selesaikan masalah, macam tu lah. Tapi sebenarnya, IQ ni hanya membantu dalam menentukan kejayaan seseorang sebanyak 20% je lebih kurang. Maksudnya, punyai IQ yang baik tak semestinya dapat menjadikan seseorang tu seorang pemimpin yang baik. Tapi aku tak kata yang intelek atau ilmu tu tak penting ye. Ilmu tu penting tapi kena parallel dengan 80% lagi. Ape lagi yang 80% tu?
OK, 80% lagi tu datang dari EQ & SQ. EQ tu "Emotional Quotient" dan SQ tu "Spiritual Quotient". K, kita tengok real life ye. Kat Malaysia ni, rata-rata pemimpinnya punyai IQ yang baik, tu tak bleh dinafikan. Hampir semua ada degree dan sebagainya. So, kalau dalam 20% tu, rata-rata semua OK. Tapi markah lulus bukan 20% ye. At least kena dapat 50%, tu pun cukup2 makan. Lepas dah ada IQ yang baik, kita cek EQ pulak. Emosi bagi sesetengah orang memang susah nak dikawal. Walau IQ tinggi, tapi kalau kena kutuk teruk, kadang-kadang tak dapat kawal emosi jugak. Cepat marah dan melenting. Ingat, kalau kita marah, kita akan hilang kawalan terhadap diri kita sendiri. Contoh manusia yg ade EQ terbaik Nabi kita sendiri la. Dari sejarah kita tahu Nabi kena baling najis, kena baling batu dalam rangka da'wahnya. Tapi baginda tetap mantain menjaga emosinya, sehingga ada di antara yang membaling tu masuk Islam kerana attitude ini. Korang macam mana? Agak-agak EQ korang berapa percent ek? Biar aku cek diri aku dulu, korang punya korang pikir la sendiri. Kalau EQ dah kantoi, susahla....
Sekarang kita tengok SQ. Yang ni lagi penting. Kadang-kadang dah pass kat IQ dan EQ, tapi spiritual sangkut. Ilmu dah banyak dah, orang kutuk boleh control dah, tapi pantang tengok perempuan dahi licin, mesti nak ngorat atau benda-benda lain yang tak patut. Bayangkan kalau pemimpin macam ni, tak manis kan. So spirit kita mesti la based on Islamic teaching, baru la orang respect. Nampak tak, kepentingan EQ dan SQ. IQ tinggi tapi kalau EQ dan SQ rendah, maka hampeh jugaklah seseorang tu. Sentiasa la muhasabah diri, mana yang pemarah tu cuba-cubalah kawal amarah, seperti yang Islam ajarkan. Yang mana suka skodeng tu hentikanlah hehe. OK, sama-samalah kita fikirkan ye.
Sekian, wassalam...
*Akan bersambung dalam episod akan datang.

Thursday, June 12, 2008
Al-Fatihah (Pembukaan)
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari pertama aku start tulis blog. Senang je nak create blog ni rupanya. Belajar dari ciki kat YM je dah bleh buat dah. First day ni aku pun tak tau nak tulis ape. Tengoklah esok-esok maybe ada idea menarik. Tengah jadi student ni banyak masa terluang, mengarut pun best jugak, sambil-sambil cari idea untuk buat keje sekolah. Anyway, thanks Ciki ajar cara nak buat blog, semoga cepat sembuh.

Subscribe to:
Posts (Atom)