Sunday, October 4, 2009
Jelajah UiTM, Kayuhan Sedekad Pentadbiran Naib Canselor
Tuesday, July 28, 2009
Student Cuti
Berikutan virus H1N1 yang semakin menular, cuti pertengahan semester di semua kampus UiTM dipercepatkan. Kelas baru mula 3 minggu dah mid-sem break. Kesian jugak tengok students nanti lepas ni nak kena pulun sampai final exam takde break. Dengan puasa lagi. Nasib baik ade cuti raya. Aku pun mengambil kesempatan student cuti ni ambik cuti 2 hari. Isnin dan Selasa. Hari ni masuk kerja semula. Jumaat balik kampung lagi heheh... Sempena student cuti ni, dapatla aku prepare skit soalan-soalan kuiz dan nota-nota untuk student aku.
Wassalam...
Sunday, July 19, 2009
Kayuh Kayuh...
Sejak beberapa hari kebelakangan ni, minat aku pada aktiviti berbasikal makin mendalam. Minggu lepas walaupun training cuma 2 hari, tapi aku tak patah semangat untuk pegi lebih jauh pada hari Sabtu lepas. Akhirnya, berjaya jugak aku habiskan perjalanan 73km dari Jementah-Bukit Serampang-Bkt Kepong-Pogoh-Segamat dan kembali ke Jementah. Jam 8 pagi kitorang gerak, singgah sarapan jap kat Jementah, sudahnya dekat pukul 9 baru gerak. Sampai dalam pukul 1230. Panas terik hari Sabtu tu, hitam aku hehe...
Kayuh bertiga dengan coach Zuraidi dan bro Naza. Memang syok dapat menikmati keindahan kawasan kampung kat Segamat ni. Coach dan Naza memang rider power, aku tak bleh kejar lagi diorang buat masa ni. Downhill bleh bawak slow2, tapi uphill diorang bleh henjut tak hengat. Anyway diorang ni bagus sebab takdela tinggal aku sesorang kat belakang hehe... Coach Zuraidi aka Barai dapat no 7 dalam KL MTB International tahun lepas. So dia ni memang kuat la senang cerita. Bagus kawan dengan diorang sebab kekadang diorg ajar teknik2 kayuhan, barang ape yg sesuai dll... Aku kena berlatih lagi supaya aku dapat bersaing dgn diorang ni...
Cerita pasal basikal ni, sekarang pun tengah hangat berlangsung Le Tour De France. Bleh kata tetiap stage aku layan race ni. Malam tadi dengan bergayanya Alberto Contador meninggalkan pelumba lain kat kawasan pergunungan tu. Rakan sepasukan Contador, Lance Armstrong (juara 7 kali Tour France) pulak tempat kedua secara keseluruhan, hanya seminit lebih di belakang Contador. Ni semua otai2 gunung ni. Kat jalan straight masa stage sebelum ni diorang relaks je dok dalam peloton, kat gunung baru diorang henjut. Kekuatan, taktikal, pengalaman memang elemen penting dalam kemenangan, bukan sekadar kemenangan individu, malah kemenangan pasukan. Ape yang penting... "Kerjasama" hehe... Go Astana! Ade beberapa stage je lagi sebelum race terakhir 26 Julai ni. Si "lengan kuat" mesti nak jadi juara lagi selepas kembali dari bersara. Mesti best perlumbaan lepas ni.
OK la, dah takde ape nak cerita. Aku pun nak prepare sikit sebelum pegi kelas petang ni. Jumpa lagi...
Wassalam...
Monday, July 13, 2009
Kelas Bermula!
"Penat jugak jadi lecturer ni..." Ni la perkataan yang terbit dari hati lepas seminggu kelas bermula. 6 Julai minggu lepas adalah hari pertama aku mengajar. Aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar Micro and Macroeconomics. Banyak gak lupa, terpaksa la buat ulang kaji.
Untuk semester ni, aku dapat jadual yang agak best. Meeting department yang first dulu aku dah mention kalau boleh hari Isnin takde kelas kul 8 pagi. So permintaan aku diterima dan committee jadual waktu letak kelas aku kul 2 hari isnin. Tambah best lagi, hari jumaat kelas habis kul 10 pagi hehe... Thanks to Pn Zailati, Miss Tan dan semua yang terlibat dalam pembikinan jadual.
Untuk semester ni, aku mengajar 4 kelas. 3 kelas macro dan 1 kelas micro. Macro untuk budak2 part 3 (3rd semester) dan micro untuk budak2 part 2. Aku cuma mengajar budak diploma je, budak degree belum lagi. Mungkin semester2 yang akan datang, bergantung pada performance aku. Harap2 students paham ape yang aku sampaikan dan tak banyak complain.
Students biasala, budak2 umur 19 20 ni memang ade je kerenahnya. Biasala tu. Keadaan biasa gak berlaku macam kat uia dulu, kelas ramai perempuan dari lelaki. Ada yang biasa2 je, ade gak yang ranggi. Tapi so far takde la yang pakai menjolok mata sangat. Masih boleh dimaafkan la.
Jadi cikgu ni, yang penting kena ada kekuatan tekak hehe. Boleh tahan bercakap lama. Contohnya hari ni kelas aku mula kul 8 sampai kul 12. So untuk 4 jam ni la kena membebel. Bercakap dan bercakap. Kering gak tekak aku. Aku boleh bayangkan la masa bulan puasa nanti. Dah la tak bleh minum, cakap tetap cakap. Inilah cabarannya. Pastu nak make sure students paham. Satu hal pulak lagi. Biasa la students kalau kita tanya paham ke tidak, mesti la jawabnya "paham...". Tapi sebenarnya tak paham. So tengokla nanti result exam mcm mana.
Semoga aku dimudahkan dalam mendidik anak bangsa ni. Apa yang aku dapat kat uia dulu serba sedikit aku terapkan kat sini. Hopefully ade yang boleh berubah. Dari yang free hair kepada bertudung. Dari malas kepada rajin. Itulah harapannya.
Sekian coretan dari Segamat...
Wassalam...
Tambah skit lagi, aktiviti petang2 aku: www.jelajahuitm-09.blogspot.com
Tuesday, June 30, 2009
Akhirnya...
Alhamdulillah, setelah setahun menunggu, barulah dengan rasminya buku muqaddam dapat diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd, anak syarikat Karangkraf. Disebabkan aku malas nak menaip, ni aku copy paste dari website Alaf 21 Sdn Bhd hehe...
TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.
Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tajuk: MUQADDAM, Penulis: Ustaz Mohammad Najib Mohammd Khalid/ Muhammad Nazir Mohammed Khalid/ Mohd Azim Sardan/ Kamal Rul Ariffin AwangHalaman: 296 Harga: RM30.00

Lagi tentang buku ini...
BUKU terbaru Karya Bestari bertajuk Terjemahan Muqaddam Juz Amma merupakan buku terbaru di pasaran dan kini mendapat sambutan hebat di Pesta Buku Alaf 21. Buku berwarna hijau ini mendapat sentuhan yang begitu istimewa daripada Ustaz Naib Mohammed Khalid, Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Mohd Azim Sardan dan Kamal Rul Ariffin Awang.
Editor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan Muqaddam, iaitu Norhayati Mat Kassim dan Norliza Salih berasa syukur kerana melalui penerangan tentang buku ini, pengunjung rasa terpanggil untuk memilikinya.
“Alhamdulillah, jualan yang memberangsangkan sepanjang dua hari berlangsung jualan buku Alaf 21 walaupun pada mulanya, ada pengunjung agak sukar menerima keistimewaan buku ini. Lama-kelamaan apabila diterangkan satu per satu kaedah mempelajari buku ini, mereka sudah boleh faham dan terima.
Saya syorkan buku ini perlu dimiliki oleh semua orang kerana susunan isi kandungan iaitu surah-surah dalam Muqaddam sangat sistematik, mudah baca dan lebih istimewanya pembaca boleh belajar bahasa Inggeris, mengeja jawi, bahasa Arab selain bahasa Malaysia dalam setiap surah,” kata Norhayati.
Norliza pula menambah, “Tanggapan pengunjung tentang Muqaddam ini iaitu buku ini sama dengan Muqaddam yang ada di kedai-kedai buku. Sebagai editor yang bertanggungjawab, bagi saya tidak sama. Kerana apa? Kerana surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam diterjemah satu per satu dan ini membezakan Muqaddam yang ada di pasaran.
Yang dikatakan istimewanya ialah kita memahami setiap patah perkataan itu satu per satu dan mudah menghafalnya. Malah, surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam merupakan surah yang lazim dibaca dalam sembahyang.”
Selain keistimewaan yang diperkatakan oleh kedua-dua editor ini, Muqaddam diterjemah secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid. Buku ini juga merupakan panduan mudah untuk mempelajari membaca dan memahami al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.
Buku yang berharga RM30 ini dijual dengan harga RM21 sahaja di Pesta Buku Alaf 21. Sekiranya anda ingin mendapatkan buku dengan harga serendah RM21, sila datang ke Pesta Buku Alaf 21 yang akan melabuhkan tirainya pada Ahad, 29 Jun 2009. Dan, anda tidak perlu waswas kerana buku Muqaddam ini telah mendapat perakuan kesahihan daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Sedikit komen dari pembaca....
"Bila dibelek buku Muqaddam ini, ternyata ia mudah difahami dan senang untuk membaca. Malah, boleh dibawa ke mana-mana sama ada ketika di ofis atau di dalam kereta. Harga RM30 sudah terlalu murah walaupun dijual di pesta buku ini RM21," kata Razilah yang mendapat tahu tentang pesta buku ini melalui akhbar Sinar Harian.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah korang melayari website Alaf 21 Sdn Bhd kat bawah ni:
http://www.alaf21.com.my/page22.htm
Akhir kata, semoga manfaat dari buku ini dapat dikongsi bersama.
Sekian, wassalam....
Monday, June 15, 2009
Hari Ini Dalam Sejarah: 1506
Pada hari ini, 12 tahun dulu iaitu 15 Jun 1997, adalah hari di mana aku mengurat isteriku yang tercinta hehe... Surat cinta aku diposkan kepada Faiza masa balik sekolah jam 2.05 petang (malu nak bagi sendiri hik hik..). Posmennya masa tu Aisyah Abdullah (kat mana la ko sekarang...).
Kepada Faiza, terima kasih kerana sabar menjadi kawan, isteri dan ummi yang baik. Jasamu akan dikenang. Semoga kita akan terus sabar dalam mengharungi rintangan yang mendatang.
Wassalam...
Sunday, June 7, 2009
Nuha Makan Biskut
Seperti yang dijanjikan, ni ha aku tunjuk gambar-gambar terbaru Nuha. Aku bagi tengok gambar makan dulu hehe....

Sedapnya makan biskut. Tapi susah nak makan sebab gigi baru ade 2 je kat bawah, gigi atas baru je nak tumbuh. Tu biskut kesukaan Nuha, tok ma panggil tu biskut cap atuk dan cucu, sebabnya biskut tu biskut kesukaan tok pa jugak hehe...

Makan biskut sambil main-main dalam kereta Nuha. Kereta yang tok ma belikan. Nak biskut ke? Aaahhh, Nuha makan sorang je...

Tengok tu, comotnya Nuha makan biskut. Apsal buat muka meneran tu? Nak e'ek ke? Abah lari dulu la muahaha... Ummi, settlekan ni hehe...

Lepas makan biskut, Nuha pun gembira. Biasa Nuha makan 2 3 keping, tu muka nak lagi la tu. Kalau lambat, satu Rengit dengar Nuha jerit....

Petang-petang mama ika bawak Nuha jalan-jalan kat depan umah. Kekadang ikut mama ika ambik uncle Is dan mak su Timah balik sekolah. Mama Ika tu la yang jaga Nuha masa Ummi gi sekolah. Thank you mama Ika sebab jagakan Nuha... Kalau Nuha nakal jangan la marah, biasala budak baru nak belajar macam Nuha ni banyakla pe'elnya hehe...
Ok, esok-esok bagi tengok gambar lain pulak. Cuti sekolah ni Nuha dok Segamat dengan abah dan ummi... Bye...
Salam dari Segamat...
Thursday, May 28, 2009
Pagi Jumaat
Hari ni dah hari Jumaat semula, sekejap je rasanya semiggu berlalu, maka makin pendeklah umur kita. Seminggu jugak la aku dah keje kat sini. Seminggu yang sunyi sepi, tak kira la siang atau malam. Siang sunyi kat ofis, tak de ape nak buat, malam pulak sunyi kat jementah, pun tak tau ape nak buat. Buat bodo je la hehe...
Hari ni rasa macam nak balik awal. Kul 12 la nanti cabut. Aku pun cuma perlukan 2 jam je lagi untuk fulfill keberadaan aku dalam kampus ni. Balik awal bleh main-main dgn nuha. Nuha dah pandai ape agaknya minggu ni. Dua tiga minggu lepas dia tengah ketagih babai orang. Asyik melambai je kejenya, tengah nangis pun bleh sempat babai lagi. Sedih jugak tak dapat tengok perkembangan dia setiap hari. Seminggu sekali jumpa macam2 benda yang dia dah explore. Nuha.. Nuha... Abah miss you la... Atas permintaan Nurman, next week la maybe aku upload gambar2 nuha yang terbaru.
Hari ni aku datang lambat sikit kul 8.30 pagi. Maklumla, kat sini tak de traffic jam, perjalanan dari rumah ke kampus cuma 7 minit je, so tak takut la datang lewat sangat. Ingat lagi masa keje kat kurnia dulu, pernah tu sampai kul 9.30, padahal aku gerak kul 7. Tension sungguh. Tapi Alhamdulillah skrg boleh rileks sikit. Kalau dulu stress sebab traffic jam, keje, kena marah dgn bos, kena marah dgn ME (marketing exec), kena marah dengan agent, sekarang tidak lagi. Mungkin ada hikmahnya aku dihantar gi segamat ni.
Esok aku balik segamat semula, bawak nuha dan umminya. Petang ummi nuha ade camping kat segamat. So nuha dok dgn aku. Biasanya dia melalak-lalak bila tinggal dgn aku. Maybe tak biasa kot. Esok jugak bermulanya cuti sekolah, aku pun gembira hehe. Dapat la ddk dgn anak bini 2 minggu ni. Nasib baik la bini aku cikgu, ade gak cuti sekolah, klw keje ofis mcm biasa, lagi la aku tertekan. Cuti sekolah ni banyak kenduri2 kawen member2 yang perlu dihadiri. Balak, Bariah dan Dibah. Tapi cik Dibah, sorry la, kami tak dapat datang kot, jauh dan masa tak mengizinkan. Kami doakan dari jauh je. Bariah n Balak insyaallah kami datang kalau tak de aral melintang.
Thats all for today, macam biasa aku nak pegi sarapan pagi. Selamat beribadah di hari Jumaat. Jumpa lagi minggu depan insyaallah...
Salam dari Segamat...
Wednesday, May 27, 2009
Hari Yang Lain
Lain betul hari ni aku rasa, ye la, semalam Rabu arini Khamis aku tau, tapi ade sedikit keginjalan (a.k.a. kejanggalan) yang aku rasakan hari ni. Ye, hari ni hari Khamis pertama aku jadi staf gomen. Dan sebagai staf gomen yang masih baru dan berdedikasi (daddy kasi tapi mami tak kasi - Abby Fana sealu buat lawak ni kat radio hehe...), aku pun mengenakan baju batik sebagai baju hari Kamis. Baju batik yg aku beli masa nak gi kawen John dulu hehe... Maybe bagi kengkawan lain yg dh mmg keje gomen tak heran la benda ni, mcm adli dll, tp aku rasa mcm formal sangat, tak penah aku rasa formal masa kat tempat keje. Tak pe la, at least berguna jugak baju batik ni, klw tak dia buruk macam tu je.
Yang lain lagi pagi tadi aku sampai kul 8 mcm biasa (semalam lewat sikit 8.10), jumpa la bos2 tengah bersembang kat lobby tu, pastu diorang tegur, "awal hari ni"... Dalam hati aku kata: "Bukan masuk kul 8 ke?"... Hmm, maybe diorg terkejut aku datang awal sebab aku tak mengajar lagi sekarang. Tak pe la, budak baru kena ikut buku la dulu, nanti lelama bleh la ISA (ikut suka aku) hehe...
Yang lain lagi hari ni aku dapat rasakan kesunyian di kalangan penyokong2 MU hehe (ayat bikin panas ni...). Semalam aku ade tulis Barca menang 2-0, hah masin jari aku menaip, mmg betul hehe... Tak pe la, menang kalah adat permainan kan wan hehe... Rugi la tak tengok, kat pekan jementah tu kedai makan kul 10 dah tutup. Nak pegi bandar Segamat belum tau ade kedai bukak jugak. Kalau ade pun Bak Kuk Teh. Tu la susahnya dok kat hutan ni... Dapat gaji nanti aku allocate siap2 untuk pasang balik astro hehe... Macam2 ada... Sekarang layan rancangan TV tak berbayar je, nasib baik terang walaupun pakai antenna dalam. Better la dari subang 2 dulu. Abis Zati & si Mawas, Akademi Polis, Chomel, dll semua aku layan hehe...
K la, aku nak pegi sarapan. Lapar la, malam tak makan, maklum la bini jauh huhuhu (masak la sendiri..).
Bye, Salam dari Segamat...
Tambahan: Dengar citer Nizam bakal jadi majistret segamat, betul ke??
Tuesday, May 26, 2009
Bekerja semula
Lamanya aku tak menggebang kat blog ni. Last update Nov tahun lepas. Biasala, masa student, bz la konon-kononnya ahaks...
Setelah setahun sembilan bulan aku belajar, akhirnya selesai jugak. Walaupun cgpa tak berapa bombastik, aku peduli ape, yang penting lulus. Tu memang target aku dari awal buat master, nak lulus je, jgn sampai kena dismiss hehe. Sebab tu la time study aku enjoy je, tak de la struggle sangat.
Lepas je abis final exam di final sem aku, Mariam (classmate aku merangkap budak TPM jugak) ade bagi SMS yang mengatakan dia dah lapor diri dan dapat posting kat Melaka. Masa tu baru tengah bulan 4. Kalau ikutkan lapor diri bulan 7 nanti, tapi mariam suruh lapor diri awal sebab takut tempat dah penuh dan dah takde choice. Aku pun pegi la keesokan harinya ke Shah Alam.
Kat Shah Alam, ape lagi, terpaksa la aku sekolahkan Kak Da, sebab dia dah keje situ, so aku pun pegi la fakulti, jumpa Pn Rodiah. Sampai-sampai je kak rodiah tu kata pure economics kita hantar gi Perak atau Sabah. Menggelabah aku. Dalam kepala ni aku ingat kat bini and Nuha je. Kalau gi sana jauh la nanti, mesti tak dapat selalu jumpa. Aku pun buat la cerita sedih dan mintak Shah Alam. Kak rodiah kata NO, Shah Alam, Puncak Alam NO. So kak, at least bagi la kat Melaka, dekat sikit. Kak Rodiah kata ok, nanti dia cuba usahakan. Esoknya dia call dia kata aku posting kat Segamat. Bolehla, daripada gi Sabah, aku redhakan diri aku untuk bekerja di Segamat. Kak Rodi kata start keje 4 Mei ye. Ok, ujung minggu tu aku balik kampung, cari rumah, jumpa rumah kat jementah, jumpa owner rumah, deal. 1 Mei aku pindah dari Kl ke Jementah. 10 tahun dok kl, dari 1999 sampai 2009, akhirnya aku balik Johor.
4 Mei aku tak pegi Segamat lagi sebab surat tak sampai. Bila surat nak sampai ni? Tunggu punya tunggu 18 Mei baru surat sampai. 22 Mei lapor diri. Hari ini dah masuk hari ke empat aku bekerja di UiTM Johor di Segamat. Masuk masuk budak tengah cuti, so tak de ape nak buat. Tu yang sempat menggebang kat sini. Tengah bosan tahap maksima level ke dua. Tak de ape nak buat, asyik buka internet, tengok ape yg patut. Abis dah surat khabar aku baca. Ni la kehidupan aku sekarang. Masuk kul 8, kul 9 gi sarapan, 930 balik bilik, kul 12 keluar balik rumah, kul 2 masuk balik, kul 330 makan tgh hari, kul 5 balik. Best kan keje macam ni hehe. Bulan 7 nanti baru start mengajar.
Isnin lepas aku ade jumpa ketua program. So dia pun tanya aku suka ajar subjek ape. Aku pun mintak la subjek-subjek mengira. Maybe senang sikit kot. Entah la, dah lama jugak aku tinggalkan subjek mengira ni. Dia kata dia akan bagi aku 2 subjek. 1 subjek diploma dan 1 subjek degree. Ape-apelah puan, saya ikutkan saja, maklum la budak baru hehe. Maybe la aku ajar mikro dan managerial econs. Mikro tu aku familiar la, tapi managerial tu tak tau ape isinya. Kat UIA dulu tak ambik subjek tu.
Sekarang kat UiTM ni tengah intersesi diorang panggil, kalau kat UIA dulu dipanggil short sem. Dalam seribu lebih student je yang ambik intersesi ni. So tak ramai la. Total student dekat 6 ribu. Suasana kat sini OK la, lecturernya pun friendly, tapi aku tak jumpa semua lagi la, mana yang terserempak tu je la yang sempat aku berkenalan. Meeting jabatan pun belum lagi. Bila entah aku pun tak tau. Ada senior tu kata lecturer ekonomi tak ramai kat sini, dalam 16 orang je. So ni la orang-orang yang aku nanti selalu deal. Harap-harap semuanya OK. So far aku tengok student kat sini macam biasala ramai pompuan. Yang ranggi-ranggi pun ade. Environment mungkin berbeza sikit drpd UIA. Takpe la, nanti mungkin aku dapat biasakan diri.
Ok lah, dah tak tau la nak gebang ape lagi. Esok la cerita lagi. Harap-harap esok pagi Barca menang champ league hehe. Supporter MU jgn marah ha. Tapi aku tak dapat tengok kot match tu, astro tak pasang lagi huk huk. Esok pagi tengok result je la. Go Barca Go. Barca win 2-0 hehe.
K, see u, bye...
Salam dari Segamat...