Salam
Tu la kalau dah namanya student mmg tak bleh lari dari exam. Penat kepala otak aku nak sumbat isi2 pelajaran dalam masa yang singkat. Tapi tu la, exam 10 hb ni, tapi hari ni pun tak start study lagi. Hehe, biasala, aku mmg suka study last minit. Bini aku selalu sound, tapi aku buat dek je... Exam yang lepas pun study last minit jugak, tapi nasib baik macam ok. Mungkin sebab semester ni aku ambik 2 subjek je. 10 hb ni subjek Economic Development, subjek membaca. Tu yang tak mula2 tu, sebab kena MEMBACA. Bila la nak berubah hehe. Ambik PHD nnt la kot baru ubah. Macam lambat sangat je nak berubah. Tukar la, semester depan akan berubah.
Semester depan, insyaallah tinggal 1 paper je lagi. Satu lagi research. So, kalau ikutkan tinggal 1 subjek je lagi yang ade exam. Research tu takde exam. Tak sabar rasanya nak abiskan study. Nak kerja la pulak. Cukupla 2 tahun ni honeymoon, lepas ni nak rasa dapat gaji pulak. Dah ada nuha ni kena la fikirkan pasal nuha. Mulai sekarang dah kena simpan duit untuk masa depan dia dan adik2 dia. Adik2 dia? hehe insyaallah kalau ada rezki. Kalau dah bekerja nnt upgrade la sikit hidup aku.
Sebut pasal exam, exam tu ape ek? Examination tu peperiksaan la. Dalam konteks student macam aku, exam tu untuk menilai berapa jauh kefahaman kita terhadap benda yang diajar. Ataupun macam mana kita nak discuss sesuatu perkara dalam masa yang singkat. Exam ni sebenarnya bukan untuk student je, tapi untuk semua orang. Cuma bezanya exam untuk semua orang tu, bukan lecturer yang menilai, tapi Allah yang menilai. Yang ni dipanggil ujian. Nampak macam kecik, tapi sebenarnya kita menghadapinya tiap2 hari. Ujiannya mudah bagi orang2 yang mengikut guideline-Nya, iaitu dalam Al-Quran. Susah bagi orang2 yang tak ikut guideline, maksudnya orang tu menjawab soalan yang keluar dari tajuk. Kalau student macam aku jawab soalan keluar dari tajuk, aku maybe dapat 0%, ataupun 1% markah kesian. Lebih mudah lagi bagi orang2 yang ikut guideline sebab dah ade contoh dari orang2 terdahulu, iaitu dari sunnah rasul-Nya. Kalau aku, lebih mudah untuk menjawab soalan exam kalau aku dapat rujuk soalan2 lepas, at least aku ade idea macam mana nak jawab soalan, atau maybe aku bleh spot soalan ape yang akan keluar.
So, dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan dapat lari daripada ujian. Persoalannya sama ada kita baca atau tidak ape yang Allah ajarkan dalam Quran. Baca tu satu bab, yang lebih penting kita faham atau tidak ape yang kita baca. Kalau aku baca soalan exam, then aku tak faham soalan, masalah beb. Nak jawab macam mana tu nanti. Kesimpulannya, untuk menghadapi ujian seharian, mari kita renungi antara kata2 terakhir Rasulullah dalam khutbahnya yang terakhir: "Kutinggalkan untuk kamu 2 perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya". Ingat beb, harta yang banyak belum tentu dapat memastikan yang kita bleh pass dalam exam seharian ni. Renung-renugkanlah....
Wassalam...