Tuesday, June 30, 2009

Akhirnya...

Salam

Alhamdulillah, setelah setahun menunggu, barulah dengan rasminya buku muqaddam dapat diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd, anak syarikat Karangkraf. Disebabkan aku malas nak menaip, ni aku copy paste dari website Alaf 21 Sdn Bhd hehe...


DAPATKAN SEGERA DI PASARAN TERJEMAHAN MUQADDAM (JUZ AMMA)


TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.


Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Tajuk: MUQADDAM, Penulis: Ustaz Mohammad Najib Mohammd Khalid/ Muhammad Nazir Mohammed Khalid/ Mohd Azim Sardan/ Kamal Rul Ariffin AwangHalaman: 296 Harga: RM30.00



Lagi tentang buku ini...

BUKU terbaru Karya Bestari bertajuk Terjemahan Muqaddam Juz Amma merupakan buku terbaru di pasaran dan kini mendapat sambutan hebat di Pesta Buku Alaf 21. Buku berwarna hijau ini mendapat sentuhan yang begitu istimewa daripada Ustaz Naib Mohammed Khalid, Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Mohd Azim Sardan dan Kamal Rul Ariffin Awang.

Editor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan Muqaddam, iaitu Norhayati Mat Kassim dan Norliza Salih berasa syukur kerana melalui penerangan tentang buku ini, pengunjung rasa terpanggil untuk memilikinya.

“Alhamdulillah, jualan yang memberangsangkan sepanjang dua hari berlangsung jualan buku Alaf 21 walaupun pada mulanya, ada pengunjung agak sukar menerima keistimewaan buku ini. Lama-kelamaan apabila diterangkan satu per satu kaedah mempelajari buku ini, mereka sudah boleh faham dan terima.

Saya syorkan buku ini perlu dimiliki oleh semua orang kerana susunan isi kandungan iaitu surah-surah dalam Muqaddam sangat sistematik, mudah baca dan lebih istimewanya pembaca boleh belajar bahasa Inggeris, mengeja jawi, bahasa Arab selain bahasa Malaysia dalam setiap surah,” kata Norhayati.

Norliza pula menambah, “Tanggapan pengunjung tentang Muqaddam ini iaitu buku ini sama dengan Muqaddam yang ada di kedai-kedai buku. Sebagai editor yang bertanggungjawab, bagi saya tidak sama. Kerana apa? Kerana surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam diterjemah satu per satu dan ini membezakan Muqaddam yang ada di pasaran.

Yang dikatakan istimewanya ialah kita memahami setiap patah perkataan itu satu per satu dan mudah menghafalnya. Malah, surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam merupakan surah yang lazim dibaca dalam sembahyang.”

Selain keistimewaan yang diperkatakan oleh kedua-dua editor ini, Muqaddam diterjemah secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid. Buku ini juga merupakan panduan mudah untuk mempelajari membaca dan memahami al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.

Buku yang berharga RM30 ini dijual dengan harga RM21 sahaja di Pesta Buku Alaf 21. Sekiranya anda ingin mendapatkan buku dengan harga serendah RM21, sila datang ke Pesta Buku Alaf 21 yang akan melabuhkan tirainya pada Ahad, 29 Jun 2009. Dan, anda tidak perlu waswas kerana buku Muqaddam ini telah mendapat perakuan kesahihan daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Sedikit komen dari pembaca....

"Bila dibelek buku Muqaddam ini, ternyata ia mudah difahami dan senang untuk membaca. Malah, boleh dibawa ke mana-mana sama ada ketika di ofis atau di dalam kereta. Harga RM30 sudah terlalu murah walaupun dijual di pesta buku ini RM21," kata Razilah yang mendapat tahu tentang pesta buku ini melalui akhbar Sinar Harian.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah korang melayari website Alaf 21 Sdn Bhd kat bawah ni:

http://www.alaf21.com.my/page22.htm

Akhir kata, semoga manfaat dari buku ini dapat dikongsi bersama.

Sekian, wassalam....

Monday, June 15, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah: 1506

Salam...

Pada hari ini, 12 tahun dulu iaitu 15 Jun 1997, adalah hari di mana aku mengurat isteriku yang tercinta hehe... Surat cinta aku diposkan kepada Faiza masa balik sekolah jam 2.05 petang (malu nak bagi sendiri hik hik..). Posmennya masa tu Aisyah Abdullah (kat mana la ko sekarang...).


Kepada Faiza, terima kasih kerana sabar menjadi kawan, isteri dan ummi yang baik. Jasamu akan dikenang. Semoga kita akan terus sabar dalam mengharungi rintangan yang mendatang.

Kepada semua yang terlibat membantu jadi posmen (dulu takde handphone, masih zaman surat menyurat lagi...), yang memberi sokongan dan sesapa jugak yang terlibat, terima kasih diucapkan. Sorry la kalau menyusahkan hehe...

Wassalam...

Sunday, June 7, 2009

Nuha Makan Biskut

Salam...

Seperti yang dijanjikan, ni ha aku tunjuk gambar-gambar terbaru Nuha. Aku bagi tengok gambar makan dulu hehe....


Sedapnya makan biskut. Tapi susah nak makan sebab gigi baru ade 2 je kat bawah, gigi atas baru je nak tumbuh. Tu biskut kesukaan Nuha, tok ma panggil tu biskut cap atuk dan cucu, sebabnya biskut tu biskut kesukaan tok pa jugak hehe...

Makan biskut sambil main-main dalam kereta Nuha. Kereta yang tok ma belikan. Nak biskut ke? Aaahhh, Nuha makan sorang je...

Tengok tu, comotnya Nuha makan biskut. Apsal buat muka meneran tu? Nak e'ek ke? Abah lari dulu la muahaha... Ummi, settlekan ni hehe...

Lepas makan biskut, Nuha pun gembira. Biasa Nuha makan 2 3 keping, tu muka nak lagi la tu. Kalau lambat, satu Rengit dengar Nuha jerit....

Petang-petang mama ika bawak Nuha jalan-jalan kat depan umah. Kekadang ikut mama ika ambik uncle Is dan mak su Timah balik sekolah. Mama Ika tu la yang jaga Nuha masa Ummi gi sekolah. Thank you mama Ika sebab jagakan Nuha... Kalau Nuha nakal jangan la marah, biasala budak baru nak belajar macam Nuha ni banyakla pe'elnya hehe...

Ok, esok-esok bagi tengok gambar lain pulak. Cuti sekolah ni Nuha dok Segamat dengan abah dan ummi... Bye...

Salam dari Segamat...