Tuesday, June 30, 2009

Akhirnya...

Salam

Alhamdulillah, setelah setahun menunggu, barulah dengan rasminya buku muqaddam dapat diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd, anak syarikat Karangkraf. Disebabkan aku malas nak menaip, ni aku copy paste dari website Alaf 21 Sdn Bhd hehe...


DAPATKAN SEGERA DI PASARAN TERJEMAHAN MUQADDAM (JUZ AMMA)


TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.


Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Tajuk: MUQADDAM, Penulis: Ustaz Mohammad Najib Mohammd Khalid/ Muhammad Nazir Mohammed Khalid/ Mohd Azim Sardan/ Kamal Rul Ariffin AwangHalaman: 296 Harga: RM30.00



Lagi tentang buku ini...

BUKU terbaru Karya Bestari bertajuk Terjemahan Muqaddam Juz Amma merupakan buku terbaru di pasaran dan kini mendapat sambutan hebat di Pesta Buku Alaf 21. Buku berwarna hijau ini mendapat sentuhan yang begitu istimewa daripada Ustaz Naib Mohammed Khalid, Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Mohd Azim Sardan dan Kamal Rul Ariffin Awang.

Editor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan Muqaddam, iaitu Norhayati Mat Kassim dan Norliza Salih berasa syukur kerana melalui penerangan tentang buku ini, pengunjung rasa terpanggil untuk memilikinya.

“Alhamdulillah, jualan yang memberangsangkan sepanjang dua hari berlangsung jualan buku Alaf 21 walaupun pada mulanya, ada pengunjung agak sukar menerima keistimewaan buku ini. Lama-kelamaan apabila diterangkan satu per satu kaedah mempelajari buku ini, mereka sudah boleh faham dan terima.

Saya syorkan buku ini perlu dimiliki oleh semua orang kerana susunan isi kandungan iaitu surah-surah dalam Muqaddam sangat sistematik, mudah baca dan lebih istimewanya pembaca boleh belajar bahasa Inggeris, mengeja jawi, bahasa Arab selain bahasa Malaysia dalam setiap surah,” kata Norhayati.

Norliza pula menambah, “Tanggapan pengunjung tentang Muqaddam ini iaitu buku ini sama dengan Muqaddam yang ada di kedai-kedai buku. Sebagai editor yang bertanggungjawab, bagi saya tidak sama. Kerana apa? Kerana surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam diterjemah satu per satu dan ini membezakan Muqaddam yang ada di pasaran.

Yang dikatakan istimewanya ialah kita memahami setiap patah perkataan itu satu per satu dan mudah menghafalnya. Malah, surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam merupakan surah yang lazim dibaca dalam sembahyang.”

Selain keistimewaan yang diperkatakan oleh kedua-dua editor ini, Muqaddam diterjemah secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid. Buku ini juga merupakan panduan mudah untuk mempelajari membaca dan memahami al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.

Buku yang berharga RM30 ini dijual dengan harga RM21 sahaja di Pesta Buku Alaf 21. Sekiranya anda ingin mendapatkan buku dengan harga serendah RM21, sila datang ke Pesta Buku Alaf 21 yang akan melabuhkan tirainya pada Ahad, 29 Jun 2009. Dan, anda tidak perlu waswas kerana buku Muqaddam ini telah mendapat perakuan kesahihan daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Sedikit komen dari pembaca....

"Bila dibelek buku Muqaddam ini, ternyata ia mudah difahami dan senang untuk membaca. Malah, boleh dibawa ke mana-mana sama ada ketika di ofis atau di dalam kereta. Harga RM30 sudah terlalu murah walaupun dijual di pesta buku ini RM21," kata Razilah yang mendapat tahu tentang pesta buku ini melalui akhbar Sinar Harian.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah korang melayari website Alaf 21 Sdn Bhd kat bawah ni:

http://www.alaf21.com.my/page22.htm

Akhir kata, semoga manfaat dari buku ini dapat dikongsi bersama.

Sekian, wassalam....

7 comments:

  1. fuh dah terbitkn buku..tahniah!

    ReplyDelete
  2. wa....dah ada buku pulok!! huhuhu azim... bule laa promote kat kwn2... rege ahli!!! ehehehe

    ReplyDelete
  3. caya la ustaz ajim.. tahniah..

    semoga segala usaha akan menjadi bekalan amalan yg berterusan kelak, (di samping menambah duit poket) heheh..

    ReplyDelete
  4. lps tapisan KDN tak ni? hehe

    ReplyDelete
  5. tak sangka aku zim, ko ada terbitkan buku..satu achievement tu..tahniah..aku mesti beli ni

    ReplyDelete
  6. congrats...
    berbaloi ko ke hulu ke hilir dulu2 tu...

    mdh2n dpt manfaat...insya-Alah

    p/s: reserve 2-3 copies..nanti dtg KL bwk,bule??

    ReplyDelete
  7. pojan, tq
    hang lipur, ni tgh promote la ni hehe, kawan2 bleh la diskaun skit...
    din, insyaallah...
    Li, lepas beb, KDN, Jakim already approved maa...
    Man, tq, beli jgn tak beli heheh
    Ciki, kalau nak cepat pegi ke Alaf 21 kat seksyen 16 S Alam...

    ReplyDelete