Tuesday, May 26, 2009

Bekerja semula

Salam
Lamanya aku tak menggebang kat blog ni. Last update Nov tahun lepas. Biasala, masa student, bz la konon-kononnya ahaks...

Setelah setahun sembilan bulan aku belajar, akhirnya selesai jugak. Walaupun cgpa tak berapa bombastik, aku peduli ape, yang penting lulus. Tu memang target aku dari awal buat master, nak lulus je, jgn sampai kena dismiss hehe. Sebab tu la time study aku enjoy je, tak de la struggle sangat.

Lepas je abis final exam di final sem aku, Mariam (classmate aku merangkap budak TPM jugak) ade bagi SMS yang mengatakan dia dah lapor diri dan dapat posting kat Melaka. Masa tu baru tengah bulan 4. Kalau ikutkan lapor diri bulan 7 nanti, tapi mariam suruh lapor diri awal sebab takut tempat dah penuh dan dah takde choice. Aku pun pegi la keesokan harinya ke Shah Alam.

Kat Shah Alam, ape lagi, terpaksa la aku sekolahkan Kak Da, sebab dia dah keje situ, so aku pun pegi la fakulti, jumpa Pn Rodiah. Sampai-sampai je kak rodiah tu kata pure economics kita hantar gi Perak atau Sabah. Menggelabah aku. Dalam kepala ni aku ingat kat bini and Nuha je. Kalau gi sana jauh la nanti, mesti tak dapat selalu jumpa. Aku pun buat la cerita sedih dan mintak Shah Alam. Kak rodiah kata NO, Shah Alam, Puncak Alam NO. So kak, at least bagi la kat Melaka, dekat sikit. Kak Rodiah kata ok, nanti dia cuba usahakan. Esoknya dia call dia kata aku posting kat Segamat. Bolehla, daripada gi Sabah, aku redhakan diri aku untuk bekerja di Segamat. Kak Rodi kata start keje 4 Mei ye. Ok, ujung minggu tu aku balik kampung, cari rumah, jumpa rumah kat jementah, jumpa owner rumah, deal. 1 Mei aku pindah dari Kl ke Jementah. 10 tahun dok kl, dari 1999 sampai 2009, akhirnya aku balik Johor.

4 Mei aku tak pegi Segamat lagi sebab surat tak sampai. Bila surat nak sampai ni? Tunggu punya tunggu 18 Mei baru surat sampai. 22 Mei lapor diri. Hari ini dah masuk hari ke empat aku bekerja di UiTM Johor di Segamat. Masuk masuk budak tengah cuti, so tak de ape nak buat. Tu yang sempat menggebang kat sini. Tengah bosan tahap maksima level ke dua. Tak de ape nak buat, asyik buka internet, tengok ape yg patut. Abis dah surat khabar aku baca. Ni la kehidupan aku sekarang. Masuk kul 8, kul 9 gi sarapan, 930 balik bilik, kul 12 keluar balik rumah, kul 2 masuk balik, kul 330 makan tgh hari, kul 5 balik. Best kan keje macam ni hehe. Bulan 7 nanti baru start mengajar.

Isnin lepas aku ade jumpa ketua program. So dia pun tanya aku suka ajar subjek ape. Aku pun mintak la subjek-subjek mengira. Maybe senang sikit kot. Entah la, dah lama jugak aku tinggalkan subjek mengira ni. Dia kata dia akan bagi aku 2 subjek. 1 subjek diploma dan 1 subjek degree. Ape-apelah puan, saya ikutkan saja, maklum la budak baru hehe. Maybe la aku ajar mikro dan managerial econs. Mikro tu aku familiar la, tapi managerial tu tak tau ape isinya. Kat UIA dulu tak ambik subjek tu.

Sekarang kat UiTM ni tengah intersesi diorang panggil, kalau kat UIA dulu dipanggil short sem. Dalam seribu lebih student je yang ambik intersesi ni. So tak ramai la. Total student dekat 6 ribu. Suasana kat sini OK la, lecturernya pun friendly, tapi aku tak jumpa semua lagi la, mana yang terserempak tu je la yang sempat aku berkenalan. Meeting jabatan pun belum lagi. Bila entah aku pun tak tau. Ada senior tu kata lecturer ekonomi tak ramai kat sini, dalam 16 orang je. So ni la orang-orang yang aku nanti selalu deal. Harap-harap semuanya OK. So far aku tengok student kat sini macam biasala ramai pompuan. Yang ranggi-ranggi pun ade. Environment mungkin berbeza sikit drpd UIA. Takpe la, nanti mungkin aku dapat biasakan diri.

Ok lah, dah tak tau la nak gebang ape lagi. Esok la cerita lagi. Harap-harap esok pagi Barca menang champ league hehe. Supporter MU jgn marah ha. Tapi aku tak dapat tengok kot match tu, astro tak pasang lagi huk huk. Esok pagi tengok result je la. Go Barca Go. Barca win 2-0 hehe.

K, see u, bye...

Salam dari Segamat...

11 comments:

  1. oh ati nyamuk..idup lagi blog ko ni rupanyer yerk..hehehe (ingatkan dah tutup kedai)..
    sib baik ade internet kan?kalo tak, tak taula camana idup ko kat sana masa short sem ni hehehe...

    go go ajim, jadik lecturer yang di gilai eh silap yang dihormati hihihi....

    \pst lama xjumpa pekjah ngan nuha..

    ReplyDelete
  2. hehe, idup cuma bertapa jap dalam gua hehe... tu la nasib baik baik ade intenet, tp x semua site bleh bukak...

    ReplyDelete
  3. selamat mengajar ajim..

    jaga pandangan mata tu...hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam. WOooiiii Azim. Macamanala ko ble tercampak ke Segamat tu. Tempat aku belajar dulu tuh! Praktiskan diri duk dalam 'hutan' tu. Heheheh. Message aku nombor phone ko. Nombor aku 016-7893926. Bagi tau. Tak sabar nak cakap ngan ko!

    ReplyDelete
  5. hehe..ranggi2 katanya..jaga2 suami orang, mesti ramai anak murid syiok kat ko azim kan?? macam kat UIA "akak2" minat kat ko. Selamat mengajar yer..update la perkembangan terbaru since kita dah jarang bersua

    ReplyDelete
  6. beginilah ayat penyokong chelsea yg frsut.
    Hidup MU....

    awek ramai...bole ler pasang spare.
    heheheh

    ReplyDelete
  7. akhirnye ade jgk ko post something kat sini. kat segamat ade fahrul kan?

    go Barca go!

    ReplyDelete
  8. keje leklok.. jgn lupa belanja aku sbb pakai nama aku hari tu.. wakakaa..

    ReplyDelete
  9. hehe... aritu aku dah di suit kat cafe oleh 3 org student, agak kurang ajar la jugak perbuatan diorg, tp aku bt tak tau je haha... mungkin diorg ingat aku student sebab muda sgt muahaha...

    wan, bukan frust, tapi barca dah menang kan, cuba lagi thn depan hehe...

    Li, fahrul kat kota tinggi la.. aku keseorangan kat sini. br nak start kenal2 dgn staff sini...

    Mad, klw nak aku belanja dtg la segamat, tp klw ko dtg bulan 5 atau 6 ni aku belanja nasi n telor goreng je la hehe...

    ReplyDelete
  10. oh uitm segamat, nanti kem slm kat Hanis Zalikha yer.. rasanya mesti dia glemer kat sana.. :)

    ReplyDelete
  11. hai salam, na tanya psl lapor diri tu. kalo dlm surat TPM kate elaun sampai june 2010, tp then lapor diri awl (mcm kes awk), let say lapor diri bln april. so elaun yg may n june tu ta kene refund ke nnt?

    p.s: sy TPM gak, ni final sem. tp tatau na lapor diri bile. bln 4 ni ke (sebaik saje submit dissertation) or tunggu bln 6 nnt. takut kene refund elaun. hehehehe tp ta na masuk keje lambat gak.

    ReplyDelete