Thursday, May 28, 2009

Pagi Jumaat

Salam dan selamat pagi

Hari ni dah hari Jumaat semula, sekejap je rasanya semiggu berlalu, maka makin pendeklah umur kita. Seminggu jugak la aku dah keje kat sini. Seminggu yang sunyi sepi, tak kira la siang atau malam. Siang sunyi kat ofis, tak de ape nak buat, malam pulak sunyi kat jementah, pun tak tau ape nak buat. Buat bodo je la hehe...

Hari ni rasa macam nak balik awal. Kul 12 la nanti cabut. Aku pun cuma perlukan 2 jam je lagi untuk fulfill keberadaan aku dalam kampus ni. Balik awal bleh main-main dgn nuha. Nuha dah pandai ape agaknya minggu ni. Dua tiga minggu lepas dia tengah ketagih babai orang. Asyik melambai je kejenya, tengah nangis pun bleh sempat babai lagi. Sedih jugak tak dapat tengok perkembangan dia setiap hari. Seminggu sekali jumpa macam2 benda yang dia dah explore. Nuha.. Nuha... Abah miss you la... Atas permintaan Nurman, next week la maybe aku upload gambar2 nuha yang terbaru.

Hari ni aku datang lambat sikit kul 8.30 pagi. Maklumla, kat sini tak de traffic jam, perjalanan dari rumah ke kampus cuma 7 minit je, so tak takut la datang lewat sangat. Ingat lagi masa keje kat kurnia dulu, pernah tu sampai kul 9.30, padahal aku gerak kul 7. Tension sungguh. Tapi Alhamdulillah skrg boleh rileks sikit. Kalau dulu stress sebab traffic jam, keje, kena marah dgn bos, kena marah dgn ME (marketing exec), kena marah dengan agent, sekarang tidak lagi. Mungkin ada hikmahnya aku dihantar gi segamat ni.

Esok aku balik segamat semula, bawak nuha dan umminya. Petang ummi nuha ade camping kat segamat. So nuha dok dgn aku. Biasanya dia melalak-lalak bila tinggal dgn aku. Maybe tak biasa kot. Esok jugak bermulanya cuti sekolah, aku pun gembira hehe. Dapat la ddk dgn anak bini 2 minggu ni. Nasib baik la bini aku cikgu, ade gak cuti sekolah, klw keje ofis mcm biasa, lagi la aku tertekan. Cuti sekolah ni banyak kenduri2 kawen member2 yang perlu dihadiri. Balak, Bariah dan Dibah. Tapi cik Dibah, sorry la, kami tak dapat datang kot, jauh dan masa tak mengizinkan. Kami doakan dari jauh je. Bariah n Balak insyaallah kami datang kalau tak de aral melintang.

Thats all for today, macam biasa aku nak pegi sarapan pagi. Selamat beribadah di hari Jumaat. Jumpa lagi minggu depan insyaallah...

Salam dari Segamat...

6 comments:

  1. jgn upload gmbar2 baby jer.. bawak2 ler update gambar profile ko yg masih kurus kat atas tu.. mcm dah tak match jer skrg.. muahahaha...

    ReplyDelete
  2. ceh, aku masih macam tu la hehe...

    ReplyDelete
  3. Haha..maintain katanya..rajin tul sekarang ko menulis blog yer

    ReplyDelete
  4. cisss, rileks sunggoh kerja sebagai pensyarah.. jeles betul aku.. ni yg rasa nak jadik lecturer gak nih..

    ReplyDelete
  5. oh nuha lama tak jumpa.. hehe... nanti letak byk2 a aksi2 nuha..

    kena campak kat segamat..wah best leh gi jackel kedai kain hari2..heh

    p/s : kem slm faizah k :)

    ReplyDelete
  6. ajim, segamat ade jusco tak?

    ReplyDelete