Sunday, July 19, 2009

Kayuh Kayuh...

Salam...

Sejak beberapa hari kebelakangan ni, minat aku pada aktiviti berbasikal makin mendalam. Minggu lepas walaupun training cuma 2 hari, tapi aku tak patah semangat untuk pegi lebih jauh pada hari Sabtu lepas. Akhirnya, berjaya jugak aku habiskan perjalanan 73km dari Jementah-Bukit Serampang-Bkt Kepong-Pogoh-Segamat dan kembali ke Jementah. Jam 8 pagi kitorang gerak, singgah sarapan jap kat Jementah, sudahnya dekat pukul 9 baru gerak. Sampai dalam pukul 1230. Panas terik hari Sabtu tu, hitam aku hehe...

Kayuh bertiga dengan coach Zuraidi dan bro Naza. Memang syok dapat menikmati keindahan kawasan kampung kat Segamat ni. Coach dan Naza memang rider power, aku tak bleh kejar lagi diorang buat masa ni. Downhill bleh bawak slow2, tapi uphill diorang bleh henjut tak hengat. Anyway diorang ni bagus sebab takdela tinggal aku sesorang kat belakang hehe... Coach Zuraidi aka Barai dapat no 7 dalam KL MTB International tahun lepas. So dia ni memang kuat la senang cerita. Bagus kawan dengan diorang sebab kekadang diorg ajar teknik2 kayuhan, barang ape yg sesuai dll... Aku kena berlatih lagi supaya aku dapat bersaing dgn diorang ni...

Cerita pasal basikal ni, sekarang pun tengah hangat berlangsung Le Tour De France. Bleh kata tetiap stage aku layan race ni. Malam tadi dengan bergayanya Alberto Contador meninggalkan pelumba lain kat kawasan pergunungan tu. Rakan sepasukan Contador, Lance Armstrong (juara 7 kali Tour France) pulak tempat kedua secara keseluruhan, hanya seminit lebih di belakang Contador. Ni semua otai2 gunung ni. Kat jalan straight masa stage sebelum ni diorang relaks je dok dalam peloton, kat gunung baru diorang henjut. Kekuatan, taktikal, pengalaman memang elemen penting dalam kemenangan, bukan sekadar kemenangan individu, malah kemenangan pasukan. Ape yang penting... "Kerjasama" hehe... Go Astana! Ade beberapa stage je lagi sebelum race terakhir 26 Julai ni. Si "lengan kuat" mesti nak jadi juara lagi selepas kembali dari bersara. Mesti best perlumbaan lepas ni.

OK la, dah takde ape nak cerita. Aku pun nak prepare sikit sebelum pegi kelas petang ni. Jumpa lagi...

Wassalam...

4 comments:

  1. pergh pasni mesti segar amat je sambil kayuh2 cuci mata..heheheheh

    ReplyDelete
  2. aku rasa 2 org rider otai tuh mesti jenuh n bosan sebab tiap2 kali lepas daki bukit nak kena tunggu sorang lagi rider amateur tertinggal jauh berbatu2 kat blkg, heheh..

    ReplyDelete
  3. salam..azim..

    kat mana sekarang??hr tu sempat jumpe wife kat pekan parit raja je..kimslm fizah

    -diyana-exiium..

    ReplyDelete