Salam...
Dah lama dah tak tulis blog... malas... sibuk dan sebagainya. Ni pun masih malas lagi, so aku copy paste je report lawatan tu kat sini. Thanks to miss secretary lawatan cik zurina.
KURSUS KEUSAHAWANAN (ENT)
HARI PERTAMA (26 FEBRUARI 2010)
Pada 26 Februari 2010, Seramai 74 orang pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Bank dalam Kursus Keusahawanan (ENT300) dan 5 orang pegawai pengiring yang merupakan pensyarah keusahawanan yang terdiri daripada Encik Mohd Azim Bin Sardan (Penasihat Lawatan), Encik Abdul Razak Jambari, Cik Nor Azira Ismail, Cik Tan Yan Ling dan Cik Norfariza Ali telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Terengganu Darul Iman. Para pelajar diminta berkumpul di Dataran Sri Bendahara pada pukul 2.30 petang. Sebanyak 3 buah bas di sediakan untuk lawatan ini. Tepat pukul 3.00 petang kami bertolak ke destinasi yang mengambil masa 7 ke 8 jam. Kami berhenti di Cendung untuk Solat Asar dan makan malam pada pukul 5.30 petang dan meneruskan perjalanan pada 6.30 petang. Dalam Sekitar 11 malam, kami tiba di Yassin Home Stay. Pelajar dan pegawai pengiring ditempatkan ke bilik masing-masing. Pada waktu malam tiada aktiviti.
HARI KEDUA (27 FEBRUARI 2010)Setiba di SME Bank, kami di sambut oleh Pegawai bertugas iaitu Encik Mohammad Razali Bin Taip. Beliau membawa kami ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat dan penerangan mengenai sejarah SME Bank, Tujuan penubuhan, dan membawa kami melawat ke kilang-kilang di bawah seliaan SME Bank.
SME Bank:
SME Bank ditubuhkan pada 16 Sept 1996 oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk memberi pinjaman bagi pengusaha atau peniaga kecil dan sederhana sebanyak keseluruhannya 5 juta. SME Bank juga merupakan di bawah Kementerian Pembagunan Luar Bandar. SME Bank mempunyai 13 cawangan. Di antaranya Johor Baharu dan Muar.
Tujuan penubuhan:
1. Memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
2. Menaik taraf bumiputera.
3. Memudahkan peniaga-peniaga kecil mendapatkan lesen.
4. Dengan adanya kilang- kilang dapat membantu bagi mengembangkan perniagaan mereka.
5. Menjamin kebersihan dan kelengkapan lain.
6. Kemajuan kepada peniaga-peniaga tempatan untuk masuk ke pasaran luar (eksport ke luar negara)
Kilang-kilang terdapat di SME Bank:
· Besta Manif : Sos and kicap
· MSA : Dadih
· Zaman Ais : Ais
· Wayar Hynes : Wayar untuk kereta Proton
· Aramic : Sabun
· Tinta Dynamic : pencetakan
· Zaidah Songket : Songket
· PH Hiteck : Sabun
· Kilang kek
· Yayasan Nur Zahirah : Kraf dan Batik
· Solartif Sdn Bhd : Solar
Selesai melawat dari kilang ke kilang, kami berhenti makan tengah hari di pantai Batu Buruk. Para pelajar diberi rehat dan solat zuhur serta asar di Masjid Terapung,Terengganu. Sambil beribadah, kami dapat menghayati keindahan dan kecantikan di persekitaran masjid. Dalam pukul 2 petang kami bertolak ke Pusat Perniagaan Pasar Payang dan Kompleks Kraf.
Pasar Payang ialah tempat membeli-belah yang merupakan tarikan pelancong bagi Kuala Terengganu. Ia terletak di sungai Terengganu dan menjadi kewajipan kepada pelancong untuk datang ke sana. Terdapat pelbagai barang yang di jual, misalnya sayur-sayuran, makanan, cenderahati, kain dan pakaian. Dengan menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan yang juga boleh di tawar sehingga ke harga yang sangat murah dapat menarik minat orang untuk membeli belah di sana.
Dari lawatan Pasar Payang, kami dapat melihat dari sudut yang berbeza bagaimana peniaga-peniaga kecil bersaing dan lokasi perniagaan yang strategik dapat menarik ramai pelanggan sehingga menjadi tumpuan kepada pelancong dari luar negeri mahu pun dalam negeri.
Pada pukul 5 petang kami di minta berkumpul untuk makan malam dan pulang ke tempat penginapan. Tiada aktiviti pada waktu malam.
HARI KETIGA(28 FEBRUARI 2010)
Pukul 8.30 pagi 28 februari 2010, para pelajar dan pengiring bersarapan dan bertolak ke Malaysian Handycraft, Chendering pada pukul 9 pagi. Setiba di situ Pn. Zai Rahimi merupakan pegawai di Malaysian Handycraft telah menyambut ketibaan kami. Kami di iringi sehingga ke tempat pameran kraft, batik dan songket. Pelbagai perhiasan yang unik menarik perhatian semua orang. Di situ juga kami mempelajari bagaimana process membuat songket dan batik serta kraf tangan yang lain.
Para pelajar dan pegawai pengiring juga dapat membeli hasil kraft tangan di sana dan mendapat pengetahuan dari lawatan tersebut.
Pada pukul 2.30 petang, kami bertolak dari Malaysian Handycraft, Chendering untuk makan tengahari dan bertolak pulang ke Segamat. Sampai di Cendung pada pukul 5.30 petang untuk solat asar dan zuhur. Meneruskan perjalanan dan berhenti di Bandar Muazam untuk solat maghrib,isyak dan makan malam pada pukul 7.30 malam. Tiba di UiTM JOHOR, Segamat pada pukul 10.30. Pelajar memastikan tiada barang yang tertinggal dan bersurai.
KEBAIKAN / KEKUATAN LAWATAN
Kebaikan / kekuatan dan kelemahan lawatan adalah bergantung kepada persiapan pelajar, dan apakah input-input baru yang telah diperolehi di sepanjang lawatan.
Kebaikan/Kekuatan
Lawatan ini dianjurkan oleh Encik Azim Bin Sardan, Pensyarah Keusahawanan (ENT 300) yang telah berusaha keras menjayakan lawatan ini dari segi pengurusan, jadual lawatan, menyediakan pegawai pengiring dan memastikan segalanya berjalan dengan lancar di sepanjang lawatan ini.
Beliau amat mengharapkan agar pelajar- pelajar dapat mengumpul sebanyak mungkin pengetahuan sepanjang lawatan ini di jalankan. Dengan pengetahuan yang kami dapat dari lawatan ini, kami boleh mengimplikasikan dalam kursus keusahawanan terutamanya yang berkaitan dengan pinjaman, lokasi dan idea- idea baru yang di perolehi. Selain itu, semangat kearah menjadi pengusaha atau usahawan di terapkan kepada pelaja-pelajar. Oleh yang demikian, di harapkan masa akan datang lebih banyak usahawan di kalangan golongan muda.
Perkara baru yang dapat dipelajari ialah pengurusan yang baik mendatangkan hasil yang baik. Dari penerangan oleh Hj. Kamaruddin Mohammad iaitu pemilik PH Hiteck pengusaha sabun, beliau menerangkan bahawa pengeluaran bergantung kepada pemintaan dan kemampuan. Perubahan dari segi pengurusan hendak di rancang.Ia perlu sedikit demi sedikit dan tidak boleh secara mendadak.Proses perlu dijalankan secara telus, profesional dan mempunyai pengetahuan yang meluas.
Selain itu, kami dapat melihat kemajuan dari segi teknologi, pengurusan dan pasaran telah meningkat dalam industri di Negara ini. Kebanyakkan kilang-kilang yang kami lawati menggunakan mesin yang di import dari Negara lain dan canggih. Dengan itu dapat mengeluarkan lebih banyak hasil atau output dan boleh memenuhi pasaran luar dan dalam Negara.
Di samping menambahkan ilmu pengetahuan, para pelajar dan pegawai pengiring dapat merehat minda dan meluaskan pemandangan dengan menghanyati pemandangan di Kuala Terengganu. Lawatan ini dapat juga menjayakan kempen melancong dalam Negara.
Lawatan ini telah dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar dan juga pegawai pengiring. Semua pelajar amat berpuas hati dengan lawatan ini. Kami berterima kasih kepada Encik Mohd Azim Bin Sardan, pegawai pengiring, AJK yang terlibat bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat pergi dan pulang. Alhamdulillah.
Sekian, terima kasih.
Nak bertolak gi jalan2. Muka ceria.
PENGURUSAN LAWATAN
PENASIHAT LAWATAN : Mohd Azim Bin Sardan
Pensyarah Keusahawanan (ENT 300)
PEGAWAI PENGIRING : 1. Encik Abdul Razak Jambari
2. Cik Nor Azira Ismail
3. Cik Tan Yan Ling
4. Cik Norfariza Ali
PENGARAH LAWATAN : Mohd Aiman Bin Mohd Yusof
TIMBALAN PENGARAH : Siti Zulaika Binti Hamdan
SETIUSAHA : Zurina Amira Binti Samsudin
PENOLONG SETIAUSAHA : Athira Shireen Binti Azman
BENDAHARI : Siti Sakinah Binti Mohd Zaki
AJK PERHUBUNGAN : Mohd Fadzli Bin Moh Raffi (K)
Zulaika Amiera Izrin Binti Zainal Azimat
Noor Farah Adiba Binti Azlan
LAIN-LAIN : Farah FathinBinti Juned (K)
Muhammad Ya Ibrahim Bin Boilan
Ertika Binti Saiful Bahri
Terima kasih semua....
ala, gambar kopok lekor dengan sata, xde!
ReplyDeletesy tak ambik gamba tu... dlm kamera korang pun x de...
ReplyDeleteuit...aku aja ent gak...tapiiiiiiiiiii
ReplyDeletenape takde lawatan sambil belajar pun...wahhh...besh nihhhh
en Azim.. ^_^
ReplyDeletelawatan terakhir yang cukup bermakna, b4 ktorg last diploma in banking..
Thank en Azim