Salam, aku menulis lagi hari ini, sementara nak tunggu jam 2.45 pagi untuk tengok bola, aku rasa macam nak menaip sekejap. Kalau tunggu macam tu je dan tak buat ape-ape, mau aku tido. Pagi ni match antara Austria vs Germany, 2 2 team ade peluang lagi nak qualify quarter final utk euro 2008 ni, so aku rasa game pagi ni agak best la kot. Tunggu la jap lagi.
Tapi sebelum tu, ni nak share sikit pasal satu benda ni. Biasanya kalau org nak jadi pemimpin, kita akan tengok dari segi intelektualnya dulu, most of the time. Orang selalu tengok IQ dia. IQ tu kata panjangnya "Intelectual Quotient". Biasa orang akan tengok taraf pendidikan, atau cara orang tu selesaikan masalah, macam tu lah. Tapi sebenarnya, IQ ni hanya membantu dalam menentukan kejayaan seseorang sebanyak 20% je lebih kurang. Maksudnya, punyai IQ yang baik tak semestinya dapat menjadikan seseorang tu seorang pemimpin yang baik. Tapi aku tak kata yang intelek atau ilmu tu tak penting ye. Ilmu tu penting tapi kena parallel dengan 80% lagi. Ape lagi yang 80% tu?
OK, 80% lagi tu datang dari EQ & SQ. EQ tu "Emotional Quotient" dan SQ tu "Spiritual Quotient". K, kita tengok real life ye. Kat Malaysia ni, rata-rata pemimpinnya punyai IQ yang baik, tu tak bleh dinafikan. Hampir semua ada degree dan sebagainya. So, kalau dalam 20% tu, rata-rata semua OK. Tapi markah lulus bukan 20% ye. At least kena dapat 50%, tu pun cukup2 makan. Lepas dah ada IQ yang baik, kita cek EQ pulak. Emosi bagi sesetengah orang memang susah nak dikawal. Walau IQ tinggi, tapi kalau kena kutuk teruk, kadang-kadang tak dapat kawal emosi jugak. Cepat marah dan melenting. Ingat, kalau kita marah, kita akan hilang kawalan terhadap diri kita sendiri. Contoh manusia yg ade EQ terbaik Nabi kita sendiri la. Dari sejarah kita tahu Nabi kena baling najis, kena baling batu dalam rangka da'wahnya. Tapi baginda tetap mantain menjaga emosinya, sehingga ada di antara yang membaling tu masuk Islam kerana attitude ini. Korang macam mana? Agak-agak EQ korang berapa percent ek? Biar aku cek diri aku dulu, korang punya korang pikir la sendiri. Kalau EQ dah kantoi, susahla....
Sekarang kita tengok SQ. Yang ni lagi penting. Kadang-kadang dah pass kat IQ dan EQ, tapi spiritual sangkut. Ilmu dah banyak dah, orang kutuk boleh control dah, tapi pantang tengok perempuan dahi licin, mesti nak ngorat atau benda-benda lain yang tak patut. Bayangkan kalau pemimpin macam ni, tak manis kan. So spirit kita mesti la based on Islamic teaching, baru la orang respect. Nampak tak, kepentingan EQ dan SQ. IQ tinggi tapi kalau EQ dan SQ rendah, maka hampeh jugaklah seseorang tu. Sentiasa la muhasabah diri, mana yang pemarah tu cuba-cubalah kawal amarah, seperti yang Islam ajarkan. Yang mana suka skodeng tu hentikanlah hehe. OK, sama-samalah kita fikirkan ye.
Sekian, wassalam...
*Akan bersambung dalam episod akan datang.
No comments:
Post a Comment