Saturday, June 28, 2008

Berniaga Kecil-kecilan

Salam...

Akhir-akhir ni agak malas sikit aku nak menulis. Buat keje lain pun tidak, banyak menghabiskan masa mengelamun, ingat kat bini la tu huk huk... Kalau ada aktiviti kan bagus...

Sebelum ni macam dah ada aktiviti, menanam cili kat sebelah rumah Kepel dan membesarkannya. Alhamdulillah, cili membesar bagai johan, hasilnya pun dah nampak. Masalahnya cuma jarak rumah aku agak jauh dengan kebun tu. Lebih parah lagi bila harga minyak dah naik ni, lagi la berkira-kira aku nak ke sana. Lebih parah lagi kereta aku kena tarik pulak, nak dapatkan kereta kena berhutang lagi... bla bla bla.... Masalah kalau nak dicerita memang takkan habis... Tapi cili kena diurus jugak, sesekali aku kena jugak pergi tengok dia. Sekarang pokok-pokok tu macam dah sakit, daunnya keriting, buahnya pun tak berapa elok dah. Nak kena rawat selalu tu, kalau tak habisla... Kesian kat Kepel kena attend sorang. Sorry ye Kepel.

Dalam masa mengusahakan cili, ada la jugak business lain yang aku buat. Sekarang ni aku ada jual Apple iPhone 3G baru dan Mac Book Air 1.6GHz. iPhone tu harganya RM1600 je, yang Mac Book Air tu RM4800 je. Bolehla contact aku kalau ade yang berminat. Kalau nak tengok spec barang-barang ni bleh la layari www.apple.com. Aku dah cuba upload gambar iPhone ni tapi lambat banget, korang tengok la kat website tu ye. Harga yang aku bagi tu lebih kurang 25% kurang dari harga pasaran. Kalau kat market, iPhone tu dalam RM 2200, dan Mac Book Air tu RM6299. Mac Book Air ni laptop paling nipis yang pernah dicipta setakat ni. So, ape lagi, belilah...

Kalau ade yang malu nak contact, boleh la email kat hati_nyamuk@yahoo.com.my. OK semua, sekian, Wassalam....

Bye Bye...

No comments:

Post a Comment